Anwar membuat pengumuman calon Parlimen Pahang yang akan bertanding pada PRU15 akan datang pada satu majlis di Ampang Jaya malam tadi. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar |
AMPANG JAYA: PKR mengumumkan tujuh calon bagi kerusi Parlimen Bera dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Pengumuman dibuat Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu Majlis Pengumuman Calon PKR di Ampang Jaya malam tadi.
Tujuh calon Parlimen itu termasuk Hassan Basri Awang Mat Dahan bagi kerusi P081 Jerantut, Mohamed Hafez Harun (P087 Kuala Krau), Fauziah Salleh (P083 Kuantan) dan Erman Shah Jaios (P091 Rompin).
Manakala tumpuan terarah di P085 Pekan apabila PKR meletakkan Mohd Naim Zainal Abidin sebagai calon bagi merampas kerusi disandang bekas Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Turut mencuri tumpuan, kerusi disandang bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang bakal berdepan calon, Zuraidi Ismail, yang juga Ketua Cabang PKR Indera Mahkota.
Tidak terkecuali, PKR turut meletakkan Abas Awang, bekas Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi berdepan kerusi disandang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di P090 Bera.
Pada PRU14 lalu, Pakatan Harapan berjaya memenangi lima kerusi Parlimen di Pahang, manakala sembilan dimenangi Barisan Nasional (BN).
Sumber I Astro Awani
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment