NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR Belum Muktamad 3 Kerusi Dituntut MUDA, PSM


KUALA LUMPUR
: PKR belum memutuskan tuntutan tiga kerusi yang diminta Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan MUDA untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Tiga kerusi itu adalah Parlimen Sungai Siput, Tapah dan Sembrong.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata kerusi itu diperuntukkan kepada PKR oleh Pakatan Harapan (PH) dan masih memerlukan rundingan lanjut sebelum penyerahan kepada dua parti itu diputuskan.

“Kerusi ini diperuntukkan kepada PKR, tetapi memandangkan ia sudah diminta MUDA atau PSM, kita akan runding sebelum dimuktamadkan dalam beberapa hari ini,” katanya,

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pengumuman Calon PKR di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor, malam tadi.

Pendirian PKR itu ternyata menggusarkan MUDA yang dijadual mengumumkan senarai mereka untuk PRU15, malam ini.

Pada PRU14, PH memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput yang menyaksikan pertembungan dengan PSM ketika itu.

PH menerusi S Kesavan menang dengan majoriti 5,607 undi, manakala calon PSM sekadar memperoleh 1,505 undi.

Parlimen Tapah dan Sembrong boleh dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN), masing-masing disandang Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan serta Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

MUDA berdepan cabaran memperoleh lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada PRU kali ini, selepas rundingan dengan PH dilihat gagal memenuhi apa yang dihasratkan mereka.

-Berita Harian



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo