KUALA LUMPUR: Satu mesyuarat pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) dijadual berlangsung di ibu negara, petang ini.
Pengerusi PN yang juga Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan mempengerusikan mesyuarat berkenaan.
Sumber yang mengesahkan pertemuan itu bagaimanapun berkata, ia adalah mesyuarat biasa bagi membincangkan isu parti dan politik semasa tanpa menyebut hal berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) secara spesifik.
No comments
Post a Comment