DR MAHATHIR: Kuasa tidak akan disalah guna, rasuah akan diperangi, kos sara hidup akan diturun dan negara akan dipulih sehingga kembali menjadi Harimau Asia. - Gambar fail |
KUALA LUMPUR: Orang Melayu hanya ingin diperintah oleh kerajaan yang didominasi Melayu.
Justeru, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka boleh memilih sama ada "Melayu penjenayah" dalam UMNO atau Melayu yang bebas daripada kes jenayah daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) serta rakan kerjasamanya, dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
"Pejuang mewakili empat parti politik Melayu iaitu Pejuang, Putra, Iman dan Berjasa serta ramai orang Melayu yang tidak dibenar aktif dalam politik.
"Masalah orang Melayu, terutama kemiskinan dan kehilangan tanah, menjadi tumpuan utama dalam agenda Pejuang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu turut memberi jaminan bahawa keluhuran undang-undang akan dihormati.
"Kuasa tidak akan disalah guna, rasuah akan diperangi, kos sara hidup akan diturun dan negara akan dipulih sehingga kembali menjadi Harimau Asia," ujarnya
Sumber I Astro Awani
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment