NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pesta Halloween besar-besaran di Saudi, petanda bencana ummat akhir zaman

Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Usaha untuk bawa pengaruh dan budaya barat semakin menjadi-jadi di Arab Saudi yang merupakan negara penjaga dua kota suci umat Islam. 

Ini bukan kali pertama, bahkan pada tahun 2018, pesta sebegini juga sudah diadakan, tetapi Arab Saudi melarang dan menangkap warganya yang terlibat. Namun sekarang semuanya berubah, ia semakin diterima secara terbuka bahkan dirayakan secara besar-besaran serta disokong oleh pihak kerajaan. Allahuakbar. 
Satu peringatan daripada sebuah hadis Nabi Muhammad SAW:

Ų¹َŁ†ْ Ų§َŲØِŁŠ Ł‡ُŲ±َŁŠْŲ±َŲ©َ Ų±َŲ¶ِŁŠَ Ų§Ł„Ł„ّٰŁ‡ُ Ų¹َŁ†ْŁ‡ُ ŁŠَŁ‚ُŁˆْŁ„ُ: Ų³َŁ…َŲ¹ِْŲŖُ Ų±َŲ³ُŁˆْŁ„َ Ų§Ł„Ł„ّٰŁ‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„ّٰŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ ŁŠَŁ‚ُŁˆْŁ„ُ: Ų³َŁŠُŲµِŁŠْŲØُ Ų£ُŁ…َّŲŖِŁŠ ŲÆَŲ§Ų”ُ Ų§ْŁ„Ų£ُŁ…َŁ…ِ ŁَŁ‚َŲ§Ł„ُŁˆْŲ§ : ŁŠَŲ§ Ų±َŲ³ُŁˆْŁ„َ Ų§Ł„Ł„ّٰŁ‡ِ ŁˆَŁ…َŲ§ ŲÆَŲ§Ų”ُ Ų§ْŁ„Ų£ُŁ…َŁ…ِ Ł‚َŲ§Ł„َ : Ų§َŁ„ْŲ£َŲ“َŲ±ُ ŁˆَŲ§ْŁ„ŲØَŲ·َŲ±ُ ŁˆَŲ§Ł„ŲŖَّŁƒَŲ§Ų«ُŲ±ُ ŁˆَŲ§Ł„ŲŖَّŁ†َŲ§Ų¬ُŲ“ُ ŁِŁŠ Ų§Ł„ŲÆُّŁ†ْŁŠَŲ§ ŁˆَŲ§Ł„ŲŖَّŲØَŲ§ŲŗُŲ¶ُ ŁˆَŲ§Ł„ŲŖَّŲ­َŲ§Ų³ُŲÆُ Ų­َŲŖَّŁ‰ ŁŠَŁƒُŁˆْŁ†َ Ų§ْŁ„ŲØَŲŗْŁ‰ُ

Ertinya: Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Aku mendengar RasuIullah SAW bersabda, “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu.” Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpunkan harta sebanyak mungkin, (4) tipu-menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut-menghasut sehingga jadi zalim-menzalim.”
(HR al-Hakim)

Tuan Puan, sebagai sebuah negara Islam yang terdapat kalimah “Ł„Ų§ Ų„Ł„Ł‡ Ų„Ł„Ų§ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ł…Ų­Ł…ŲÆ Ų±Ų³ŁˆŁ„ Ų§Ł„Ł„Ł‡” pada bendera negara, apa yang berlaku ini suatu yang AMAT MENDUKACITAKAN.šŸ˜¢
Sedar atau tidak, perlahan-perlahan, budaya liberal yang selama ini menjadi amalan masyarakat barat seolah sudah meresap masuk ke dalam jiwa orang-orang Islam. 

SELANGKAH DEMI SELANGKAH MENGIKUTI JEJAK ORANG YAHUDI DAN NASRANI

Renungilah sepotong hadis Nabi Muhammad SAW yang menggambarkan keadaan yang bakal berlaku pada akhir zaman.

Sabda baginda SAW:
Ł„َŲŖَŲŖَّŲØِŲ¹ُŁ†َّ Ų³َŁ†َŁ†َ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ł…ِŁ† Ł‚َŲØْŁ„ِŁƒُŁ…ْ، Ų“ِŲØْŲ±ًŲ§ ŲØِŲ“ِŲØْŲ±ٍ ŁˆَŲ°ِŲ±َŲ§Ų¹ًŲ§ ŲØِŲ°ِŲ±َŲ§Ų¹ٍ، Ų­ŲŖَّŁ‰ Ł„َŁˆْ ŲÆَŲ®َŁ„ُŁˆŲ§ ŁِŁŠ Ų¬ُŲ­ْŲ±ِ Ų¶َŲØٍّ Ł„َŲ§ŲŖَّŲØَŲ¹ْŲŖُŁ…ُŁˆŁ‡ُŁ…ْ Ł‚ُŁ„ْŁ†َŲ§: ŁŠŲ§ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„َ Ų§Ł„Ł„ّٰŁ‡ِ، Ų¢Ł„ْŁŠَŁ‡ُŁˆŲÆَ ŁˆَŲ§Ł„Ł†َّŲµَŲ§Ų±َŁ‰؟ Ł‚Ų§Ł„َ: ŁَŁ…َŁ†ْ.
Maksudnya: “Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu ialah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?”
(HR Muslim)

*Dhob – biawak padang pasir

UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN IBARAT BUIH DI LAUTAN

Saya pasti seluruh umat Islam yang masih ada iman dalam hati turut berasa amat kecewa dengan keadaan ini. Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila pesta sebesar ini dianjurkan di sebuah negara yang menjadi tanah bermulanya penyebaran agama Islam. Di manakah panduan al-Quran dan as-Sunnah yang seharusnya dijunjung? Adakah semuanya hanya tinggal ucapan dan kata-kata kosong? 

Tuan Puan,

Nabi Muhammad SAW pernah menceritakan keadaan umat Islam pada akhir zaman, yang ketika itu jumlah kita adalah ramai, namun kita umpama hanya buih di lautan. 

Ų¹َŁ†ْ Ų«َŁˆْŲØŲ§َŁ†َ Ł‚َŲ§Ł„َ : Ł‚ََŲ§Ł„َ Ų±َŲ³ُŁˆْŁ„ُ Ų§Ł„Ł„ّٰŁ‡ِ : (( ŁŠُŁˆْŲ“ِŁƒُ Ų§Ł„Ų£ُŁ…َŁ…ُ Ų£َŁ†ْ ŲŖَŲÆَŲ§Ų¹َŁ‰ Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒُŁ…ْ ŁƒَŁ…َŲ§ ŲŖَŲÆَŲ§Ų¹َŁ‰ Ų§Ł„ْŲ£َŁƒَŁ„َŲ©ُ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ł‚َŲµْŲ¹َŲŖِŁ‡َŲ§))
Maksudnya: Daripada Thauban, beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, “Umat-umat hampir saja mengerumuni kalian sebagaimana orang-orang yang kelaparan mengerumuni sebuah hidangan (lazat).”

 ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ Ł‚َŲ§Ų¦ِŁ„ٌ : ŁˆَŁ…ِŁ†ْ Ł‚ِŁ„َّŲ©ٍ Ł†َŲ­ْŁ†ُ ŁŠَŁˆْŁ…َŲ¦ِŲÆٍ؟ Ł‚َŲ§Ł„َ : (( ŲØَŁ„ْ Ų£َŁ†ْŲŖُŁ…ْ ŁŠَŁˆْŁ…َŲ¦ِŲÆٍ ŁƒَŲ«ِŁŠْŲ±ٌ، ŁˆَŁ„َŁƒِŁ†َّŁƒُŁ…ْ ŲŗُŲ«َŲ§Ų”ٌ ŁƒَŲŗُŲ«َŲ§Ų”ِ Ų§Ł„Ų³َّŁŠْŁ„ِ ŁˆَŁ„َŁŠَŁ†ْŲ²ِŲ¹َŁ†َّ Ų§Ł„Ł„ّٰŁ‡ُ Ł…ِŁ†ْ ŲµُŲÆُŁˆْŲ±ِ Ų¹َŲÆُŁˆِّŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„ْŁ…َŁ‡َŲ§ŲØَŲ©َ Ł…ِŁ†ْŁƒُŁ…ْ ŁˆَŁ„َŁŠَŁ‚ْŲ°ِŁَŁ†َّ Ų§Ł„Ł„ّٰŁ‡ُ ŁِŁŠ Ł‚ُŁ„ُŁˆْŲØِŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„ْŁˆَŁ‡ْŁ†َ ))
Lalu seseorang bertanya: “Apakah kami ketika itu sedikit?” Baginda menjawab: “Justeru kalian ketika itu jumlahnya ramai. Akan tetapi, keadaan kalian seperti buih di tengah-tengah lautan. Allah benar-benar mencabut kehebatan kalian daripada dada-dada musuh kalian dan Allah lemparkan ke dalam hati-hati kalian sifat Wahn.”

 ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ Ł‚َŲ§Ų¦ِŁ„ٌ : ŁŠŲ§َ Ų±َŲ³ُŁˆْŁ„َ Ų§Ł„Ł„ّٰŁ‡ِ، ŁˆَŁ…َŲ§ Ų§Ł„ْŁˆَŁ‡ْŁ†ُ؟ Ł‚َŲ§Ł„َ : (( Ų­ُŲØُّ Ų§Ł„ŲÆُّŁ†ْŁŠَŲ§ ŁˆَŁƒَŲ±َŲ§Ł‡ِŁŠَŲ©ُ Ų§Ł„ْŁ…َŁˆْŲŖِ. ))
Lalu orang tersebut bertanya lagi: “Wahai Rasulullah, apakah Wahn itu?” Rasulullah menjawab: “Cinta dunia dan takut mati.”
(HR Abu Dawud)

SERUAN KEPADA PARA PEMIMPIN ISLAM

Setiap manusia diberikan amanah untuk menjalankan peranan sebagai hamba dan khalifah di atas muka bumi ini. Namun, tugas sebagai seorang pemimpin lebih besar kerana dia memikul amanah untuk memelihara agama dan mentadbir negara dengan syariat Islam. Tanggungjawab ini amat berat dan ia mesti dipikul dengan penuh ketaqwaan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:

Ų„ِŁ†َّŲ§ Ų¹َŲ±َŲ¶ۡŁ†َŲ§ Ł±Ł„ۡŲ£َŁ…َŲ§Ł†َŲ©َ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł±Ł„Ų³َّŁ…َŁ€ٰŁˆٰŲŖِ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ¬ِŲØَŲ§Ł„ِ ŁَŲ£َŲØَŪŒۡŁ†َ Ų£َŁ† ŪŒَŲ­ۡŁ…ِŁ„ۡŁ†َŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ£َŲ“ۡŁَŁ‚ۡŁ†َ Ł…ِŁ†ۡŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ­َŁ…َŁ„َŁ‡َŲ§ Ł±Ł„ۡŲ„ِŁ†Ų³َŁ€ٰŁ†ُۖ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُŪ„ ŁƒَŲ§Ł†َ ŲøَŁ„ُŁˆŁ…ࣰŲ§ Ų¬َŁ‡ُŁˆŁ„ࣰŲ§
Maksudnya: “Sesungguhnya, Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya, tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”
(Surah al-Ahzab: 72)

Besar harapan kita supaya segala program maksiat dan hiburan melampau yang diadakan di mana-mana jua negara dibanteras dan dihentikan, agar perkara ini tidak menjadi sebuah normalisasi kepada masyarakat Islam. Kita amat bimbang apabila maksiat mula dianggap biasa, Allah SWT juga mula menurunkan bala. Nauzubillah.šŸ˜¢

Firman Allah SWT:

ŁˆَŁ±ŲŖَّŁ‚ُŁˆŲ§ْ ŁِŲŖۡŁ†َŲ©ٗ Ł„َّŲ§ ŲŖُŲµِŁŠŲØَŁ†َّ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŲøَŁ„َŁ…ُŁˆŲ§ْ Ł…ِŁ†ŁƒُŁ…ۡ Ų®َŲ§ٓŲµَّŲ©ٗۖ ŁˆَŁ±Ų¹ۡŁ„َŁ…ُŁˆٓŲ§ْ Ų£َŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų“َŲÆِŁŠŲÆُ Ł±Ł„ۡŲ¹ِŁ‚َŲ§ŲØِ
Maksudnya: “Dan jagalah diri kalian daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim antara kalian secara khusus (tetapi akan menimpa kalian secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.”
(Surah al-Anfal: 25)

Subhanallah, inilah yang kita takuti apabila dosa berleluasa dan tiada siapa yang menegur. Musibah bukan sahaja diturunkan kepada golongan yang melakukan kemungkaran, bahkan semua sekali akan dikenakan azab Allah SWT.

Kesimpulannya, sebagai umat yang cinta akan agama Islam, kita seharusnya MENYATAKAN BANTAHAN DAN KETIDAKSETUJUAN TERHADAP APA-APA JUA ACARA YANG MELIBATKAN MAKSIAT DAN HIBURAN MELAMPAU, bukan sahaja kepada pesta Halloween yang berlaku di Arab Saudi ini.

Semoga Allah SWT sentiasa membimbing para pemimpin Islam agar dapat melaksanakan amanah dengan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. Mudah-mudahan juga, Allah SWT memelihara kita dan seluruh zuriat keturunan daripada segala fitnah akhir zaman. 

Sahabat, mari kita bersama amalkan doa ini agar sentiasa ditetapkan di atas jalan agama dan dijauhkan daripada sebarang kemaksiatan. šŸ¤²šŸ»

Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُŁ…َّ Ł…ُŲµَŲ±ِّŁَ Ų§Ł„ْŁ‚ُŁ„ُŁˆŲØِ ŲµَŲ±ِّŁْ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØَŁ†َŲ§ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų·َŲ§Ų¹َŲŖِŁƒَ
Maksudnya: “Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu.”
(HR Muslim)

Semoga bermanfaat buat semua. 

SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.  

ASMA' BINTI HARUN & TIM PENYELIDIKAN

#UAHSahabatDuniaAkhirat

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo