Ini perbezaaan gaji Lee Zii Jia dengan pemain bola sepak Malaysia, ramai terkejut. Pasti semua tahu karier sebagai pemain bola sepak profesional sememangnya “masyuk” kerana gaji bulanan yang ditawarkan kepada pemain agak tinggi.
Di negara kita majoriti pemain bola sepak menerima gaji lima angka dan ada juga pendapatan sehingga enam angka sebulan.
Namun, pendedahan mengenai bayaran gaji yang diterima atlet badminton perseorangan negara telah dipertikaikan oleh segelintir netizen kerana mereka beranggapan ianya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan pencapaian yang pernah digapai olehnya sebelum ini.
Seorang pengguna Twitter memuat naik keratan berita yang memaparkan gaji pemain bola sepak tempatan dan membandingkan dengan gaji yang diperoleh Lee Zii Jia.
Difahamkan, gaji Lee Zii Jia sebagai seorang atlet badminton hanyalah sebanyak RM8,000 sebulan manakala bintang bola sepak pula dibayar puluhan ribu sebulan!
Jesteru, ramai mempersoalkan keperluan membayar gaji sebanyak itu terutamanya kepada pemain bola yang diimport dari negara luar yang mencecah ratusan ribu sebulan.
Manakala Lee Zii Jia yang pernah memasuki piala dunia tidak dibayar harga sepatutnya bagi seorang pemain bertaraf dunia. Malah ada juga menganggap pemain badminton lain pula mungkin dibayar lebih rendah daripada sepatutnya.
“Gaji pemain bola di Malaysia semua tinggi-tinggi, tapi taraf permainan masih di tahap rendah. Satu pembaziran.” tulis seorang netizen.
“Patutlah jarang nampak muka footballer kat billboard promote water purifier. Gaji mcm CEO”. tulis Shih-Li Kow.
“Bergantung pada kelab bola masing-masing. Ada yang sampai cecah RM250k, kalau kelab tu kayalah.” komen @AfiqUmar pula.
-- ohviralnews
No comments
Post a Comment