NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengundi 18 jangan tersalah pilih, tolak Umno BN dan PH dari terus berkuasa


Rakyat khususnya golongan undi 18 yang pertama kali mengundi diingatkan supaya tidak tersalah pilih dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15 kali ini kerana ia akan memberi kesan panjang selama 5 tahun.

Golongan undi 18 sewajarnya membuat pilihan dengan bijak dan menolak BN serta Umno dan PH dari terus berkuasa sekali lagi. Pengalaman dengan PH 22 bulan sudah cukup mengajar rakyat bagaimana kuasa Melayu dan agama Islam dipermainkan.

“BN dan Umno tidak harus diberi sedikit pun sokongan kerana sejarah 2015 membuktikan rakyat dipaksa untuk membayar cukai GST dan akan berulang selama 5 tahun lagi sekiranya mereka mendapat mandat kali ini.

” Mereka juga membuatkan rakyat derita dan sengsara dengan memotong dan mengurangkan subsidi sehinggakan harga barangan meningkat naik, rakyat terdesak, merana dan tidak terbela.

Sekiranya BN dan Umno terpilih, yakinlah pimpinan mereka juga akan mengacau bilaukan sistem kehakiman dan perundangan bagi melepaskan diri terhadap pelbagai pertuduhan sehinggakan sanggup mendakwa bahawa dakwaan yang dibuat adalah dakwaan terpilih, sedangkan ada bukti ketara wujudnya transaksi masuk dan keluar jutaan ringgit.

Sarannya, orang muda perlu bangun dan bangkit serta tidak harus membiarkan perasuah dan penyagak berterusan memerintah negara  PN adalah pilihan terbaik dan telah terbukti boleh menyelesaikan masalah rakyat dibawah.

PN amat memerlukan undi orang muda bagi merealisasikan perubahan serta memastikan Putrajaya sekali lagi diterajui demi membela nasib rakyat.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo