Alhamdulillah, selepas hampir sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti merentas negeri susulan penularan pandemik COVID-19 akhirnya pembukaan pusat pelancongan, pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri akan dibenarkan selepas kadar status vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.
Untuk persediaan korang yang berada di luar negeri Kelantan untuk ke sini, kali ni saya nak kongsikan mengenai salah satu lokasi percutian menarik di Kelantan iaitu "Dabong".
Apa sebenarnya yang menarik di kawasan Dabong ni ? Apa yang kita sedia maklum, sebelum ni ia popular kerana adanya Air Terjun Jelawang yang mana ianya merupakan Air Terjun tertinggi di Asia Tenggara. Namun begitu, lokasinya tidak terlalu menjadi tumpuan ramai terutama penduduk di Malaysia kerana berada agak jauh dari bandar-bandar utama terutama ibu negeri Kota Bharu. Tapi, hakikatnya, ia menjadi lokasi pilihan bagi orang luar dari Malaysia untuk melakukan aktiviti dan menikmati extreme keindahan alam semulajadi.
Untuk pengetahuan korang, selepas kerajaan mengumumkan Malaysia bebas dari PKPB fasa pertama yang lepas. Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang beroperasi dari Tumpat ke Dabong menerima sambutan yang amat rancak. Yang mana menyebabkan kesesakan pengguna yang amat luar biasa khususnya pada hujung minggu.
Secara tidak sengaja juga, Fenomena baharu di Kelantan #TrainToDabong ini telah berjaya mengangkat produk eco-pelancongan di Dabong yang terletak dalam daerah Kuala Krai dalam sekelip mata. Lebih menarik, kini tren Diesel Multiple Unit (DMU) telah menjadi pengganti kepada lokomotif dan koc penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang lama.
Anggaran harga tiket keretapi dari Tanah Merah ke Dabong ; RM4/pax (dewasa) untuk sehala. Keretapi di jangka akan bertolak dari Stesen Tumpat lebih kurang jam 4.00 pagi (paling awal) dan di jangka sampai di Stesen Dabong pada jam 7.30 pagi. (boleh rujuk jadual).
Laluan Keretapi ; Stesen Pasir Mas – Tanah Merah – Kuala Krai dan berakhir di Dabong. Ada juga stesen-stesen kecil antara perjalanan tu. Perjalanan dari Tanah Merah ke Dabong mengambil masa dalam 2jam
Pengalaman naik keretapi tu yang paling penting! Tidak kiralah kita travel dengan siapa, kawan-kawan ke, dengan keluarga ke, ianya ada dalam negara kita je. Tak perlu nak susah payah ke luar negara untuk merasai pengalaman travel naik keretapi ni.
Apa Menarik Yang Di Dabong
Kalau dah sampai di Dabong, saya cadangkan untuk korang pergi ke lokasi tarikan seperti berikut :
1# Mee Udang Galah Che Da : Mee Udang Viral 100 meter dari stesyen keretapi Dabong.
Sebelum ini, lokasi restoran Mee Udang ini berada berdekatan dengan Gua Ikan. Tapi, kini ia sudah berpindah dan beroperasi 100 meter dari stesen keretapi Dabong. Untuk ke restoran ini, korang perlu meyeberangi landasan ke sebelah bertentangan. Harga Mee Udang seperti dalam gambar hanya RM15.
2# Gua Ikan : Ada fenomena rare “god light”
Jika korang berkunjung ke kompleks gua batu kapur yang dinamakan Kompleks Gua Ikan yang telah berusia 150 juta tahun di Dabong, Kuala Krai; korang bakal teruja melihat sebuah fenomena luar biasa yang diberi jolokan 'God of Light' yang berlaku di Gua Keris!
Fenomena unik ini berlaku apabila satu alur cahaya matahari menembusi terus ke dalam gua melalui celahan siling terus ke lantai gua hingga menghasilkan gambar indah seolah-olah kita dipancar dengan lampu 'spotlight'.
Namun untuk mengejar fenomena ini, korang perlu mengatur jadual pendakian ke dalam gua seawal pagi kerana 'God of Light' hanya dapat dilihat dalam tempoh 45 minit hingga 1 jam sahaja iaitu antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari sekiranya keadaan cuaca baik dan tidak mendung.
3# Gunung Stong : Kem Baha (Fenomena Awan Karpet)
Rasai pengalaman mendaki Gunung Stong dan bermalam di Kem Baha adalah perkara yang tidak merugikan sesiapa. Sepanjang perjalanan mendaki ke Kem Baha kita akan disajikan dengan pemandangan indah dan menarik hutan Taman Negeri Gunung Stong yang kaya dengan hidupan flora dan fauna, serta gunung batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya. Tempoh pendakian ke puncak adalah lebih kurang 4 jam.
Paling best, jika cuaca okay korang bakal dihidangkan dengan pemandangan indah awan karpet yang sangat cantik.
4# Air terjun Jelawang : Air terjun tertinggi di Asia Tenggara
Air terjun Gunung Stong ialah antara tarikan utama pelancong ke daerah Gua Musang. Air terjun tujuh tingkat setinggi 457 meter dari paras laut itu juga dikatakan tertinggi di Asia Tenggara.
5# Jelawang Pipe Resort & Extreme Park (JPREP): Lokasi penginapan dan aktiviti outdoor yang popular di Dabong.
Kawasan rekreasi ini telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti sukan lasak, kem kepimpinan dan jati diri, serta menyediakan tempat penginapan untuk disewa. Lokasi JPREP juga sangat sesuai untuk dijadikan destinasi riadah dan perkelahan bersama keluarga.
Suasana yang damai serta memiliki udara yang segar menjadikan lokasi ini sering dikunjungi pelancong dari dalam mahupun luar negara. Bagi warga bandar dan kota, Jelawang Pipe Resort & Extreme Park adalah destinasi yang tepat untuk anda mencari ketenangan dari kesibukan kota dan tekanan tempat kerja. Selain itu, lokasi percutian Jelawang Pipe Resort & Extreme Park juga telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kelantan yang mesti anda kunjungi.
Kalau korang nak tahu info lanjut atau pakej menarik mengenai Dabong boleh terus berurusan dengan Nik Ali Nik Muhamad (Guide Jelawang Pipe) di +60179587167.
Sumber : mawardiyunus.com
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment