NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda Umno nafi hantar Gerak Gempur ganggu ceramah Syed Saddig

MUAR: Pemuda UMNO Bahagian Muar menafikan dakwaan pihaknya melakukan provokasi ketika Ceramah Mega Muar anjuran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), di Parit Jawa, dekat sini, malam tadi.

Sambil menyifatkan perbuatan provokasi itu satu budaya tidak sihat dalam politik negara, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar, Mohd Helmy Abd Latif, berkata UMNO juga menentang keras tindakan sedemikian.

"Ramai tanya saya betul atau tidak, Pemuda UMNO Muar buat? Saya berani bersumpah, tiada arahan daripada saya selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar untuk buat perkara terkutuk ini.

"Saya menentang sekeras-kerasnya. Kami tiada masa untuk ini (provokasi). Pentas politik harus dirai dengan terbuka. Kita jadikan manusia yang bermaruah. Kita nak lawan, lawan dengan ideologi yang betul. Kita bawa negara ke arah lebih baik," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Mengulas lanjut, katanya, tidak kira dibayar atau tidak, perbuatan itu adalah satu budaya yang tidak sihat dalam politik di negara.

Terdahulu, ceramah mega yang dibarisi kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan MUDA malam tadi diganggu sekumpulan 'mat motor'.

Gangguan tercetus ketika giliran Presiden MUDA yang juga penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyampaikan ucapannya.

Ceramah berkenaan diteruskan selepas berjaya dikawal oleh anggota polis serta sukarelawan yang bertugas dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata polis tidak menerima sebarang laporan mengenai insiden berkenaan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo