NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda baru kahwin terkejut sakit bahu rupanya kanser tulang

Muhammad Adli terpaksa bekerja sambilan di sebuah bengkel membaiki motosikal untuk mencari rezeki. - Gambar/ Astro AWANI

KUANTAN: Seorang lelaki yang baru mendirikan rumah tangga awal tahun ini terpaksa berhenti kerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat minyak dan gas selepas disahkan menderita kanser tulang pada bahu kanannya.
Muhammad Adli Azahar amat terkejut apabila sakit bahu yang disangka hanya sekadar 'frozen shoulder' itu rupanya kanser tulang atau Ostesarcoma selepas menjalani pemeriksaan di hospital.

Ditemui di rumahnya di Balok di sini, Muhammad Adli mengaku hatinya luluh apabila pakar membuat pengesahan penyakit itu September lalu, dan memberitahu dia memerlukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan selain menggantikan tulang bahu dengan besi.

"Saya amat terkejut lepas doktor cakap kanser tulang... lepas itu dia cakap saya perlukan rawatan kimoterapi kemudian baru boleh buat pembedahan.
"Kosnya pula mahal. Kira-kira RM38,000 tidak termasuk kos-kos lain. Saya cakap akan usahakan jugalah macam manapun, harap boleh elok macam biasa tangan ini," katanya yang ditemani isteri, Nurul Effa Syamira Faimi, 25, yang dikahwini Februari lalu.

Katanya, dalam masa beberapa bulan bengkak pada bahunya membesar dengan cepat dan hampir menyamai saiz bola sepak.
Dia berkata, mereka kini bergantung kepada simpanan untuk makan minum seharian dan perbelanjaan lain termasuk sewa rumah.
Walaupun sakit, Muhammad Adli terpaksa bekerja sambilan di sebuah bengkel membaiki motosikal untuk mencari rezeki.
Katanya, dia amat memerlukan sumbangan orang ramai kerana tidak berkemampuan menanggung kos pembedahan dan ulang-alik ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.
Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Muhammad Adli di talian 017-907 5973.
Sementara itu, isterinya, Nurul Effa yang tidak bekerja kerana menjaga suaminya yakin Muhammad Adli kembali sembuh selepas menjalani pembedahan.
"Saya boleh jaga suami saya, namun berdoa dan berharap suami saya sembuh macam dahulu... lebih-lebih lagi kami baru mulakan rumah tangga dan sedih melihat dia menderita," katanya.

Sumber I Astro Awani 


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo