NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemain KL City akan Solat Maghrib ketika rehat separuh masa

KUALA LUMPUR: Pemain Kuala Lumpur (KL) City yang beragama Islam perlu menggunakan sebahagian daripada waktu rehat separuh masa di final Piala AFC, Sabtu ini untuk menunaikan solat Maghrib.

Ia susulan sepak mula jam 7 malam yang ditetapkan. Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk aksi final yang menemukan KL City dan kelab Oman, Al Seeb di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Pemain tengah KL City, Akram Mahinan menjelaskan pemain dan jurulatih sudah mengadakan perbincangan supaya semua pemain yang beragama Islam menunaikan solat terlebih dahulu ketika rehat separuh masa.

"Saya dan pemain lain nak solat ke apa, mungkin ramai orang pertikai. Tetapi benda ini memang tak boleh nak ubah, jadi macam kami sebagai pemain kena uruskan masa, habis masa pertama terus lari (pergi solat).

"Sebab apa, kalau kita nak bantah benda itu pun tak boleh sebab ia sudah ditetapkan. Kami sebagai pemain kena solat terus lepas habis masa pertama dan kalau jurulatih nak bagi penerangan kepada pemain pun kena bagi pada yang ada dulu.

"Pemain yang beragama Islam solat dahulu dan kami sudah bincang benda ini. Saya harap penyokong semua kekalkan sokongan, solat dulu baru tengok bola, tiada masalah sebab benda itu lagi penting," katanya.

Sebelum ini, sebahagian besar penyokong mempersoalkan tindakan AFC menetapkan waktu sepak mula jam 7 malam yang bertembung dengan masuk waktu solat Maghrib.

Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad menjelaskan pihaknya terpaksa akur dengan keputusan berkaitan waktu sepak mula final yang sudah ditetapkan oleh AFC.

Selain itu, Akram menjelaskan KL City perlu fokus sepenuhnya hingga wisel penamat untuk berdepan Al Seeb walaupun City Boys memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.

Katanya, skuad Al Seeb bukan calang-calang pasukan kerana turut dibarisi ramai pemain kebangsaan Oman yang memiliki kemahiran individu yang cukup tinggi.

"Sebelum ini pun memang kami berdepan lawan yang sukar termasuk jumpa kelab Vietnam, India dan Uzbekistan. Tapi mungkin perlawanan ini pun macam biasa, kami underdog, namun kami bagi yang terbaik.

"Semua pemain dalam KL City menaruh impian untuk cipta sejarah, bonus itu kami letak ke tepi dan paling utama kami mahu cipta sejarah," katanya.

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo