Kota Kinabalu: Murid tahun lima sebuah sekolah rendah maut selepas dihempap palang gol ketika aktiviti sukan di Pekan Manggatal, di sini, semalam.
Dalam kejadian 12.20 tengah hari, mangsa lelaki berusia 11 tahun terbabit disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Likas, di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dihempap besi palang gol ketika aktiviti sukan tahunan sekolah di padang berkenaan.
“Kejadian disedari oleh bapa mangsa dan juga guru yang bertindak menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan segera.
“Mangsa kemudian dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Zaidi berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun siasatan lanjut masih dijalankan.
Semalam, rakaman video kejadian berdurasi 14 saat itu memaparkan kanak-kanak terbabit diangkat menggunakan pengusung oleh pasukan perubatan tular di media sosial.
Berdasarkan pengamatan pada video berkenaan, besi palang pada tiang gol itu dipercayai patah sebelum menghempap mangsa. HM
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment