PETALING JAYA: Seorang pelajar Malaysia yang ditemui mati dalam pangsapurinya di Taipei pada 13 Okt lalu didapati meninggal dunia akibat sesak nafas dan patah leher, menurut laporan bedah siasat yang baru dikeluarkan.
Taipei Times melaporkan, hasil bedah siasat turut menunjukkan dadah ditemui dalam badan pelajar itu ketika kematiannya.
Pelajar berusia 24 tahun itu hanya dikenal pasti dengan nama keluarga, Chai dan dipercayai berasal dari Serdang, Selangor.
Polis Taipei berkata, minggu lalu, teman lelaki mangsa yang dikenali sebagai Chen mengaku mencekik mangsa selepas mereka bergaduh kerana isu wang. Pasangan itu dilaporkan bersama tidak sampai seminggu.
Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan Chai menuntut di Universiti Ming Chuan di Taiwan.
Mangsa juga bekerja sebagai model sambilan dan popular dengan penstriman langsung di media sosial.
Taipei Times melaporkan Chai ditemui mati di pangsapuri yang disewanya di daerah Shilin, Taipei pada 13 Okt lalu dan kecederaannya konsisten dengan kesan cekik.
Chen pula dikejarkan ke hospital pada hari sama akibat terlebih dos ubat.
Lelaki itu dilaporkan ditahan polis untuk siasatan selepas dibenarkan keluar dari hospital.
Ketika siasatan, Chen memberitahu kematian Chai tidak disengajakan dan dia hanya mahu menakutkan mangsa ketika bergaduh kerana wang, menurut laporan itu.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment