Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah. - Foto ihsan BAM. |
KUALA LUMPUR: Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah memulakan kempen Terbuka Denmark 2022 dengan cemerlang selepas meraih kemenangan pusingan pertama di Odense pada Selasa.
Pearly-Thinaah mempamerkan aksi agresif untuk menumbangkan Supissara Paewsampran-Puttita Supajirakul dari Thailand 21-16, 21-14 dalam kejohanan yang berlangsung di Jyske Bank Arena.
Bagaimanapun, tugas besar menanti pasangan nombor 11 dunia itu pada pusingan kedua kerana mereka akan menentang piilhan utama dan juara dunia dari China Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.
Qing Chen-Yi Fan menewaskan gandingan dari Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam 21-7, 21-17.
Sementara itu, beregu campuran negara Chan Peng Soon-Cheah Yee See kalah kepada pasangan China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, 21-16, 21-17.
- BERNAMA
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment