NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bincang bekalan barangan musim banjir minggu depan - Annuar

Annuar berkata antara yang turut dibincangkan adalah kenaikan harga barang seperti telur ayam dan langkah yang perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi meningkatkan pengeluaran produk berkait dengan bahan makanan. - Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan di Putrajaya bagi membincangkan beberapa perkara terutama untuk menangani kekurangan bekalan barangan ketika musim banjir, kata Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata antara yang turut dibincangkan adalah kenaikan harga barang seperti telur ayam dan langkah yang perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi meningkatkan pengeluaran produk berkait dengan bahan makanan.
"Persiapan perlu dibuat dan kita berasakan dengan nilai dolar (Amerika Syarikat) yang semakin tinggi, import boleh memberi tekanan inflasi kepada kita.
"Para usahawan boleh memainkan peranan dengan meningkatkan barang makanan yang bersifat import subsidi dan gantian import," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Kelantan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Annuar berkata sekiranya negara mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran barang-barang tersebut secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import.
"Selain itu, penggunaan teknologi dalam pertanian secara intensif termasuk pertanian menegak (vertical farming) juga boleh digunakan dan penggunaan Internet Kebendaan (IoT) dalam sektor agromakanan dapat membantu menangani kekurangan bekalan serta tekanan kenaikan harga barang.
"Kita turut memberi bantuan kepada syarikat-syarikat telco untuk memperbaiki mutu rangkaian talian supaya usahawan boleh mengaplikasikan kaedah IoT bagi meningkatkan pengeluaran dalam negara dengan serta-merta dan meluas," katanya.
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo