NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Tidak Halang Bukan Islam Amal Agama Mereka – K Kumaresan (bersama video)


KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2022 – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tiada halangan untuk agama lain diamalkan, bahkan lebih bebas dalam isu ini, demikian jawapan K Kumaresan, Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung (DHPP) PAS Kedah ketika ditemubual.

Tambah beliau, inisiatif PAS ini telah membuatnya berasa senang untuk mempraktiskan agamanya sendiri, selain turut memberi kesedaran kepada beliau bahawa perlunya turut bersama memperkasakan agama masing-masing.

“PAS ambil inisiatif memperkasakan Islam. Saya juga perlu bersama memperkasa kaum sendiri.”

Tambah beliau, selepas menyertai dan bergaul dengan orang-orang parti PAS, beliau dapat melihat sendiri bagaimana parti tersebut menitik beratkan tentang apa yang ada di dalam agama Islam, seperti apa yang perlu diperjuangkan dan nilai-nilai baik yang perlu diikuti.

Justeru, “Saya pun mula terfikir, kita pun perlu ikut apa yang diberitahu oleh agama masing-masing tidak kiralah dia Budhha ke, Hindu ke. Masing-masing perlu menghayati agama mereka.”

K Kumaresan menambah, beliau sebelum ini tidak hairan kerana hanya sekadar mengikuti parti tersebut tanpa mengambil tahu inisiatif dan perjuangan yang dibawa oleh parti PAS.

Oleh itu, segelintir yang tidak memahami prinsip perjuangan PAS, maka mereka akan keliru sedangkan tidak ada istilah PAS menghalang agama lain diamalkan, jelas K Kumaresan.

Video K Kumaresan tersebut telah dikongsi oleh Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di laman Twitternya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo