Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka akan bertanding 56 kerusi parlimen di seluruh negara pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti, kata sumber.
Menurut sumber, jumlah itu bertambah sebanyak 29 kerusi berbanding bilangan calon Amanah yang bertanding pada PRU ke-14 lalu.
"Jumlah kerusi yang diberikan kepada Amanah ini melepasi sasaran parti yang letakkan harapan untuk bertanding lebih 40 kerusi parlimen.
"Itu jumlah yang diputuskan setakat ini, saya tidak pasti jika ada perubahan dan keputusan akhir akan diumum dalam konvensyen PH esok," kata sumber yang enggan disiarkan namanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Sebagai rekod pada PRU ke-14, Amanah berjaya memenangi 11 kerusi daripada 27 yang ditandingi.
Sementara itu, menurut sumber, baki 166 daripada 222 kerusi keseluruhan akan masing-masing diagihkan kepada parti-parti komponen lain dalam PH dan sekutunya.
Maklumat terperinci berhubung agihan kerusi membabitkan parti komponen PH dan sekutunya masih belum tersedia setakat laporan ini ditulis.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment