NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakatan UMNO-DAP jatuhkan Ahmad Faizal sebagai MB masih menjadi isu di Perak


IPOH:
UMNO tidak pernah berpakat dengan DAP untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak pada Disember 2020 lalu.

Malah, kata beliau, UMNO juga tidak menyokong usul tidak percaya yang cuba dibawa oleh DAP.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan bahawa mereka tidak pernah berbincang dengan DAP mengenai perkara tersebut.

"Kalau kita bersepakat, waktu itu DAP nak buat usul undi tak percaya, kita (dah) sokong usul tu, betul tak?

"Kalau kita bersepakat dengan DAP, (dan) memang ada usaha DAP nak buat usul undi tak percaya, kami (akan) sokong usul tu, tapi tak, kita buat (usul) lain, kita buat usul percaya," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Briged Sukarelawan Banjir BN Perak di Bangunan UMNO Perak di Ipoh, pada Rabu.

Menurutnya, jika UMNO berniat jahat, Ahmad Faizal mungkin sudah jatuh sebagai Menteri Besar lebih awal daripada itu.

Jelasnya, ketika proses pertukaran Speaker Dewan Undangan Negeri pada Jun tahun yang sama, DAP cuba membawa usul tidak percaya terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu.

Bagaimanapun, katanya, usul itu tidak berjaya dibentangkan kerana tidak mendapat sokongan.

Sebelum ini, Ahmad Faizal beberapa kali di dalam ucapan dan temu bual bersama media, mendakwa beliau dijatuhkan sebagai Menteri Besar oleh UMNO yang bersepakat dengan DAP.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo