Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Razlan Rafii berkata parti itu
juga ada sebab kenapa perlu bergerak solo tanpa PAS di sisi bagi
menghadapi pilihan raya umum (PRU15).
"Dia (PAS) nak mempergunakan semua pihak dan rupanya mereka nak jadi menteri," katanya.
"Apa yang susah sangat kamu nak faham . Saya tak faham apakah niat PAS
yang sebenarnya selain daripada mereka hanya nak mempergunakan Umno
ketika (membantah) Icerd, nak mempergunakan Umno ketika (protes) Statut
Rom (pada era kerajaan PH).
"Tidak bersama dengan PAS, insya-Allah Umno-BN boleh menubuhkan
kerajaan. Bersama dengan PAS, insya-Allah kita boleh mewujudkan 3/4
kemenangan kerusi, itu saja.
Pertama, semasa PAS, BERSATU dan UMNO membentuk kerajaan BERSATU keluar PH siapa yang berebut nak menteri. Siapa yang tergiler-giler nak TPM sehingga jawatan itu ditiadakan.
Siapa ganggu kerajaan sehingga tak wujud kestabilan?
UMNO buat semuanya tamak nak menteri walaupun UMNO dapat banyak menteri.
UMNO kalau tak tamak, tak haloba tak rompak wang rakyat tak nama UMNO
Yang pelik masih ada yang bodoh nak ikut UMNO, nak taat UMNO dan sanggup di cucuk hidung demi UMNO walaupun pemimpin itu ROMPAK WANG RAKYAT. Nak kata bodoh ada ijazah, nak kata lembab tapi hebat berhujah di media sosial kena sokong UMNO...
NASIR RAMLEE
Baca Komentar Saya:
1. Pemimpin UMNO Kedah Mabuk Hisap Ganja?
2. Cikgu Kencing Berdiri, Anak Murid Kencing Berlari-lari
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment