Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, sebuah rangkaian perkampungan Orang Asli di Kelantan, menyelar penyandang parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh kerana didakwa tidak bertindak mengenai isu-isu utama melibatkan komuniti itu dalam perkhidmatannya selama 30 tahun.
Menurut kenyataan kumpulan itu hari ini, perkara itu timbul apabila kumpulan itu dijemput ke kawasan Cameron Highlands untuk bertemu penyandang parlimen itu, Ramli Mohd Nor - yang telah melaksanakan projek kerja jalan sepanjang lebih 30 kilometer.
"Ini adalah satu tindakan luar biasa jika dibandingkan kami di Gua Musang, Ku Li lebih 30 tahun berkhidmat tapi sekitar RPS Kuala Betis pun telah gagal untuk membaiki jalan perhubungan desa.
"Tengku Razaleigh dilihat telah gagal walaupun beliau memimpin lebih 30 tahun sejak semangat 46. Keadaan ini sepatutnya Orang Asli telah sedar dan tidak lagi ditipu untuk kali seterusnya," kata kumpulan itu.
Kumpulan itu menjanjikan sokongannya terhadap calon baru dari mana-mana parti yang bertanding selain daripada Tengku Razaleigh, dengan melabelkan pemimpin veteran Umno itu sebagai 'tidak lagi relevan'.
"Umno dilihat gagal apabila banyak isu pokok tidak dapat diselesaikan sepenuhnya seperti jalan perhubungan desa yang menghubungkan laluan ke Pos Pasik, Pos Gob, Pos Simpor, Pos Bihai, Pos Balar dan Pos Balar.
"Mereka sering kali menghadapi jalan sukar setiap masa dan ini seolah tidak ada pemimpin di Gua Musang," katanya.
Kumpulan yang berpangkalan di Kelantan itu menyuarakan harapan agar calon Pakatan Harapan (PH) lebih peka dan prihatin dengan nasib Orang Asli khususnya isu hubungan jalan luar bandar.
Kumpulan itu juga telah memutuskan untuk menyokong calon yang dipercayai akan menjunjung suara rakyat dan masyarakat Orang Asli.
Ini termasuk Siti Kasim yang berhasrat bertanding di Batu dan Ramli dari BN.
"Untuk Gua Musang, Jaringan Kelantan melihat semua calon tidak berpotensi untuk menjaga nasib Orang Asli dan oleh sebab itu kita tidak fokus di Gua Musang.
"Namun begitu, kami menyarankan supaya Orang Asli pilih PH kerana PH tidak lagi berkudis di Gua Musang," katanya.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment