NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

OPR Dijangka Terus Naik


Tidak dinafikan bahawa kenaikan OPR ini adalah salah satu kaedah untuk mengawal inflasi demi menjaga kestabilan ekonomi Malaysia secara makro.

Namun, dengan kenaikan OPR yang berterusan seperti ini kos sara hidup rakyat pastinya akan meningkat khususnya buat mereka yang mempunyai banyak komitmen hutang dan pembiayaan dengan pihak bank.
Mungkin berita kenaikan OPR ini adalah berita yang baik buat para penyimpan dan pelabur yang mempunyai banyak simpanan dan pelaburan di dalam bank.

Tetapi, cuba kita bayangkan kesempitan hidup rakan-rakan kita yang selama ini hanya mempunyai duit lebihan bulanan selepas daripada komitmen bank dan perbelanjaan rumah sekitar RM 70.00 sahaja?

Contoh,
RM400,000 hutang rumah dan kenaikan 0.25% OPR.

Jika bank naikkan dengan jumlah yang sama kepada kadar pinjaman dan pembiayaan, maka bayaran bulanan akan menaik sekitar RM 83.00.

Dengan 3 kali kenaikan OPR pada tahun 2022 ini sahaja, mungkin jumlahnya sudah mencecah hampir RM 180 tambahan komitmen bulanan.

Apakah nasib mereka yang terpaksa berhadapan dengan kesan secara langsung daripada kenaikan OPR ini?

Siapakah yang akan membela mereka?

Apabila sebilangan besar B40 ini terpaksa "mengikat perut" dengan mengurangkan perbelanjaan mereka, secara tidak langsung kuasa beli rakyat akan berkurangan dan pastinya Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) akan menjadi mangsa utama kepada keadaan ini.

Rakan-rakan, kemelesetan ekonomi pada tahun hadapan (2023) pastinya bakal menjadi tahun yang amat sukar, berat dan meyulitkan rakyat.

Pastinya Malaysia memerlukan kerajaan yang #BersihdanStabil untuk hadapi tahun yang sangat mencabar ini!

Apa pendapat anda?

#UNDILAH PN



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo