NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nurul Izzah Tak Bertanding PRU-15 ini?


Sebelum ini Nurul Izzah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang hanya sehari selepas diangkat ke jawatan tersebut pada November 2018, sekali lagi Nurul Izzah menimbulkan ketidakselesaan dalam blok Pakatan Harapan selepas dia meletakkan jawatan dari PAC selepas tidak bersetuju perlantikan Ronald Kiandee yang melompat dari UMNO ke PPBM (PH).

Selepas itu Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh menyatakan, ini adalah penggal terakhir dia berkhidmat sebagai Ahli Parlimen. 

Dengan kata lain, dia enggan lagi bertanding dan terbabit dengan Pakatan Harapan.

Dia dilaporkan memberitahu Straits Times Singapura yang dia amat kecewa dengan pentadbiran Pakatan Harapan yang terlalu perlahan dalam pembaharuan dan polisi yang sangat lembab. (RUJUK SINI)


"Ini adalah penggal terakhir saya. Dan ini adalah rancangan saya setakat ini," katanya seperti yang dilaporkan. 

Nurul Izzah juga berkata, dia sangat kecewa dengan obsesi Putrajaya terhadap isu 1MDB dan kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap isu yang lebih besar membabitkan perut dan kocek rakyat. 

"1MDB hanyalah isu sementara. Selepas itu, rakyat mahukan kehidupan harian yang lebih selesa dan ada penambahbaikan," katanya lagi. 

Pada Disember 2018, Nurul Izzah mengumumkan perletakan jawatannya daripada jawatan Naib Presiden PKR apabila isu nepotisme dan pilih kasih menjadi buah mulut orang ramai. 

Anak sulung Presiden PKR, Anwar Ibrahim itu turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang selain beberapa jawatan dalam Kerajaan Persekutuan, termasuklah Pengerusi pasukan khas menangani masalah Teknika dan Latihan Pendidikan Vokasional.

Dalam reaksinya, Anwar mendakwa anaknya itu sudah bosan dengan permainan kuasa yang berlaku di belakang tabir yang masih berterusan sekalipun pentadbiran negara sudah berubah.

Tapi pada September 2022, nada Nurul Izzah telah berubah, Nurul Izzah Anwar memberi bayangan beliau akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, berkata dirinya secara peribadi mahu meneruskan khidmat kepada rakyat di Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu.

Mengenai desas-desus bekas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga penyandang kerusi Parlimen Pandan yang dikatakan tidak akan bertanding di kerusi itu untuk memberi laluan kepada Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, Nurul Izzah berkata, perkara itu belum diputuskan lagi.

Mengikut sumber terakhir, Anwar Ibrahim akan bertanding di Pemantang Pauh adalah kerusi selamat untuk Anwar. Nurul Izzah digugurkan atau bertanding di kerusi Pandan. Jadi kemana Rafizi?

NASIR RAMLEE



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo