NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nasihat Kasma Daniel kepada Damok

Pelumba PETRONAS MIE Racing RW dari Malaysia, Kasma Daniel (kiri) dan Azroy Anuar pada sesi latihan bebas 3 Moto2 Grand Prix Motosikal Malaysia PETRONAS 2022 di Litar Antarabangsa Sepang. - Foto NSTP/Osman Adnan

SEPANG: 'Untuk berada di Kejuaraan Dunia bukan mudah dan untuk kekalkan pun bukan mudah.'

Itu adalah nasihat seorang senior sukan permotoran dua roda, Kasma Daniel Kasmayudin kepada Syarifuddin Azman yang bakal menempuh musim penuh saingan kelas Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia, tahun depan. 

Kasma yang pernah beraksi dalam kelas Moto2 dunia pada 2020 berkata, Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok harus mempersiapkan diri bukan saja daripada fizikal tetapi juga mental memandangkan persaingan di pentas berprestij itu begitu mencabar.

"Untuk Damok, Kejuaraan Dunia ini adalah pentas yang amat tinggi dan tak sama seperti perlumbaan biasa," kata Kasma yang mempunyai julukan Dragon Boy itu. "Saya harap Damok akan lebih tabah, kental dan kuat daripada segi fizikal dan mental. 

"Ini kerana Kejuaraan Dunia ini adalah persaingan antara pelumba terbaik di dalam dunia. Jadi Damok adalah pelumba terbaik dalam Malaysia, tahniah untuknya. Perlumbaan Moto3 ini agak 'keras' juga dan begitu mencabar."

Semalam, Damok diumumkan akan menyertai saingan Moto3 secara musim penuh bersama pasukan MTHelmets-MSi dari Sepanyol selepas tiga musim mempamerkan peningkatan prestasi di Kejuaraan Dunia JuniorGP. 

Pada musim ini di JuniorGP, Damok sudah mengumpul 110 mata untuk berada di tangga keempat keseluruhan selain menyertai empat perlumbaan di Kejuaraan Dunia atas tiket `wildcard' termasuk di Grand Prix (GP) Malaysia, minggu ini. 

"Apa yang kita dapat lihat ketika di CEV (sekarang JuniorGP), memang dia agak baik juga... berada dalam kelompok 10, lima terbaik dan juga podium. Memang dia layak dan dia ke Kejuaraan Dunia pun bukan secara mendadak. Dia ke sana secara peringkat demi peringat. 

"Dia seorang anak didik Zulfahmi Khairuddin dan apa yang dia ikut itu betul. Bagi saya, dia berada di landasan yang betul dan memang layak untuk dia berada di pentas dunia," kata Kasma.


Sumber I BH Online



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo