Susulan tindakan penyanyi rap dan juga usahawan, Caprice yang mahu menyaman Mydin kerana menyebut namanya netizen Malaysia menyelongkar rupanya nama itu banyak digunakan sebagai jenama seperti beras, tisu tandas dan juga syampu rambut.
Tindakan netizen itu berikutan
Caprice mahu menuntut pasar raya Mydin membuat permohonan maaf kepadanya
gara-gara satu ciapan di Twitter Mydin yang memetik nama ‘cap’ dan
‘rice’.
Caprice menerusi Instagram berkata, dia kecewa dengan tindakan
Mydin memuat naik Tweet berbaur sindiran terhadapnya dan memberi tempoh
24 jam untuk meminta maaf atau berdepan tindakan saman RM30 juta.
“Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice. Bila sampai rumah, rasa macam tak perlu cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam”, tweet Mydin.
Ramai terhibur dengan hantaran berkenaan merupakan satu troll yang secara tak langsung dituju kepada Caprice.
Melalui hantaran di Facebook Dapur Kita telah
menemui jenama beras Caprice di negara Thailand di mana ia adalah
singkatan nama bagi syarikat Capital Rice Co. LTD yang berasal dari
negara itu.
Difahamkan klilang Caprice ini terletak di Samut Prakhan. Area
Phra Padang, Samrong tidak jauh dari Bangkok, jalan nak menghala ke
Pattaya.
“Kilang ni lama dah, dari tahun 1977. Ada ISO 9001,2000 GMP HACCP,” tulis admin Dapur Kita.
Berikutan perkongsian itu, netizen pula menyelongkar dan menemui beberapa jenama Caprice di tisu tandas yang dijual di Australia dan juga pada syampu rambut.
Pendedahan netizen itu menyebabkan ramai yang meminta pemilik jenama barang itu bertindak menyaman pula penyanyi rap terbabit kerana menggunakan nama yang tidak dipattern.
“Ooo…kisah. boleh la lepas ni syarikat tu saman caprice sebab guna nama dia… hermmm,” komen Fathma Shamsuddin.
“Mungkin kilang ni boleh saman dia sbb guna nama company,” komen Nurul Nazirah Mohd Joned.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment