NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mufti Campur Tangan Sukan Terengganu, pelik?

PAS Terengganu telah melakukan perubahan drastik sebaik sahaja mengambil alih kerajaan negeri dengan melibatkan Mufti Terengganu sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Ini tidak dilakukan negeri yang lain, kerana itu Terengganu tidak hanya memandang kepada berapa jumlah kutipan pingat emas sahaja yang diperolehi bahkan mahu para atlet mematuhi syariat.

Pada tahun 2018, Mantan Mufti Terengganu, Dato' Dr Zulkifli Muda yang mula-mula dilantik menjadi Lembaga Pengarah MSNT.

Perubahan yang dilakukan bukannya drastik dan tergopoh-gopoh pada awalnya sebaliknya lebih kepada sikap mendidik agar faham dengan jelas tuntutan agama.

Bagi pucuk dicita ulam mendatang, akhirnya dengan usaha berterusan melalui ratu pecut Terengganu, Azreen Nabila Alias telah menyertai pertandingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah mengangkat imej dan konsep patuh syariah dengan memakai pakaian sopan dan bertudung.

Dengan prinsip yang diperkenalkan oleh pas bagi memastikan garis panduan ditetapkan dipatuhi, melihatkan Terengganu telah menarik diri dalam acara sukan gimnastik, gimrama wanita kerana dua sukan ini agak bercanggah dengan polisi ditetapkan kerajaan PAS Terengganu.

Mufti Terengganu, pada waktu ini telah berperanan dengan baik sebagai ALP MSNT apabila menyatakan pendirian Terengganu wajar menarik diri dan tidak boleh berkompromi dalam acara sukan ini menerusi pembentang kertas kerja Garis Panduan Sukan Menurut Islam yang dibentangkan oleh beliau.

Justifikasinya ialah, sukan berkenaan bukan sahaja atlet perlu melakukan aksi luar biasa tetapi menonjolkan aksi yang boleh mendatangkan ghairah kepada kaum lelaki dan bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri.

Semenjak 2018, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata tidak pernah menghantar atlet wanita dari Terengganu dalam sukan gimnastik dan gimrama sejak memperkenalkan pemakaian patuh syariah pada awal pentadbiran PAS di Terengganu.

Pada tahun 2018 suatu bengkel khusus telah diadakan iaitu 'Bengkel Garis Panduan Sukan Menurut Islam 2019' yang membawa kepada resolusi yang diwartakan dan menjadi amalan kepada atlet di negeri ini.

Tanpa melibatkan atlet dalam acara tersebut Terengganu terus mengungguli sukan di negeri ini sebagaimana yang dibuktikan pada Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-20 dimana prestasi para atlet berjaya mendapatkan 64 emas, 49 Perak, dan 56 gangsa sangat membanggakan jika dibandingkan penyertaan pada 2018 walaupun berada di tempat kedua kerana berlaku pertambahan acara berbanding empat tahun lalu yang menyaksikan Terengganu telah bergelar juara.

#sukanpatuhsyariah

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo