NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muda umum tiga calon, fokus lawan kerusi menteri


PETALING JAYA - 
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) malam ini mengumumkan tiga calon bagi kerusi Parlimen yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz berkata, tiga calon tersebut adalah kerusi P041 Kepala Batas (Muhammad Danial Abdul Majeed), P095 Tanjong Karang (Siti Rahayu Baharin) dan P165 Tanjung Piai (Lim Wei Jiet).

"Rundingan bersama Pakatan Harapan (PH) telah dimuktamadkan dan malam ini kami umumkan tiga calon Parlimen dahulu," katanya dalam satu sidang media pengumuman calon Muda pada Sabtu.

Menurutnya, hanya tiga kerusi diumumkan Muda malam ini, namun, masih terdapat beberapa kerusi lagi akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Semua kerusi merupakan kerusi gergasi dan Muda akan lawan kerusi-kerusi menteri dalam PRU15. Muda juga akan mengumumkan satu kerusi di Sabah pada 31 Oktober ini," katanya.

Amira Aisya berkata, calon kerusi Kepala Batas, Muhammad Danial Abdul Majeed adalah seorang anak jati Pulau Pinang berusia 26 tahun dan juga seorang jurutera.

"Calon di Tanjung Karang, Siti Rahayu Baharin pula seorang guru dan ibu tunggal berusia 41 tahun selain aktivis pendidikan.

"Bagi calon kerusi Tanjung Piai, Lim Wei Jiet adalah seorang peguam berusia 31 tahun dan aktivis hak asasi manusia," katanya.

Katanya Amira yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Muda, pada PRU15 kali ini, Muda akan bertanding menggunakan bendera sendiri walaupun bersama dengan PH.

"Jaminan yang kedua-dua pihak berikan (Muda dan PH) adalah tiada pertembungan kerusi. Jaminan itu adalah isyarat kepada akar umbi di mana kerjasama PH dan Mufa adalah solid dan kuat.

"Kami juga akan menggunakan manifesto PH," katanya.

Sementara itu, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, semua calon yang mewakili Muda wajib mengisytiharkan harta dan aset yang dimiliki.

"Komitmen saya adalah bagi setiap calon Muda, wajib mengyistiharkan aset, pastikan ketelusan, tidak bersandarkan politik wang kuasa dan kontrak dan ada budaya ketelusan.

"Budaya politik khidmat adalah terbaik untuk pastikan bukan saja turun padang, tapi bila ada mandat, turun padang setiap hari," katanya.

Calon P165 Tanjung Piai, Lim Wei Jiet
Calon P165 Tanjung Piai, Lim Wei Jiet




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo