Sayap Pemuda Pakatan Harapan Pulau Pinang menuntut Muda menggunakan logo gabungan itu untuk calonnnya di parlimen Kepala Batas.
"Tiada alasan jika PRU15 kali ini parti Muda tidak menggunakan lambang logo PH walaupun parti tersebut belum diterima secara rasmi disebabkan isu teknikal.
"Sebagai menunjukkan keikhlasan dan bekerjasama sebagai satu pasukan, kami sekali lagi ingin tegaskan agar pihak Muda Pulau Pinang menggunakan hak fleksibiliti supaya gunakan logo PH bersama di kawasan parlimen Kepala Batas," kata mereka pada satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu ditandatangani Ketua AMK Pulau Pinang Fadzli Roslan, ketua Dapsy negeri Lee Wei Seang dan ketua pemuda Amanah negeri Khairul Ali.
Pada Ahad, Muda mendedahkan parti itu telah mencapai pakatan pilihan raya dengan PH dan akan meletakkan beberapa calon untuk parlimen.
Bagaimanapun, Muda mempunyai pilihan untuk menggunakan logo PH atau tidak pada kertas undi.
Bagi Kepala Batas, Muda akan menurunkan Danial Abdul Majeed.
Dia akan menentang penyandang Reezal Merican Naina Merican, yang menjadi pilihan untuk memenangi pertandingan ini.
PH terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan UPKO manakala Muda adalah satu-satunya parti yang menjalinkan kerjasama dengan gabungan itu.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment