NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muda gempur kubu menteri di Sabah


Pengasas bersama dan Naib Presiden Muda Shahrizal Denci akan bertanding di Kota Marudu, kerusi parlimen yang disandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Maximus Ongkili sejak 2004.

Shahrizal adalah satu-satunya calon Sabah yang akan diketengahkan parti politik berpaksikan belia itu untuk pilihan raya umum (PRU15) akan datang.

Ketika mengumumkan pencalonannya, timbalan presiden Muda dan pengarah pilihan raya Amira Aisya Abd Aziz berkata partinya tidak akan goyah menghadapi seorang menteri di Kota Marudu.

"Muda akan pergi ke kerusi Kota Marudu, kerusi ini orang kata kubu kuat Maximus Ongkili tetapi Muda tidak akan takut, kerana kali ini Muda akan lawan menteri," katanya.

"Saya dengan sukacitanya mengumumkan Shahrizal sebagai calon kami. Dia anak jati Sabah dan merupakan pengasas bersama kami yang menyertai Muda sejak hari pertama penubuhan kami," jelas Amira.





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo