Justeru, tegas beliau, isu Parlimen dibubarkan atau sebaliknya, tidak sepatutnya ditimbulkan.
“Apa hasil keputusan hari ini akan dibawa ke esok perlu kerana perlu minta (persetujuan) Jemaah Menteri, jadi tidak timbul (Parlimen) bubar ke tidak, sebab Kabinet bersidang esok," katanya dalam sidang media Pasukan Jihad Inflasi di Bangunan Parlimen, di sini, pada Khamis.
Annuar dalam masa sama menegaskan, beliau tidak tahu-menahu bila Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen.
"Dalam Kabinet, kita tidak mengundi pun soal bubar, tidak bubar ini. Namun di peringkat parti-parti ada membuat pandangan mereka masing-masing.
"Bagaimanapun, kena berbalik kepada peraturan, parti tidak membubarkan Parlimen," ujarnya.
Berdasarkan peraturan, Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.
"Namun, kena baca dalam Perlembagaan, pembubaran Parlimen adalah kuasa mutlak Agong, baginda boleh terima atau menolak," tegasnya.
Sementara itu, dalam catatan terbaharu di Facebook beliau sebentar tadi, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menulis, setiap parti politik berhak membuat pendirian masing-masing mengenai pembubaran.
Demikian juga, kata beliau, dengan keputusan yang dibuat oleh UMNOI perlu dihormati semua pihak.
“Semua ahli parti wajib akur keputusan parti,” kata Annuar lagi.
Sumber | Awani
No comments
Post a Comment