NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Masjid Dirempuh Lebih 200 Perusuh, Jemaah Diancam Ugutan Bunuh


GURUGRAM,
16 Oktober 2022 – Sebuah masjid di Kampung Bhora Kalan, Gurugram telah dirempuh oleh lebih 200 orang perusuh dan mengugut jemaah yang sedang solat dengan ancaman bunuh, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.

Lapornya, perusuh itu turut menyerang mereka yang sedang solat dalam masjid dan mengancam untuk mengusir mereka dari kampung tersebut.

Kekecohan yang berlaku pada Rabu lalu berlaku apabila kumpulan perusuh yang diketuai oleh Rajesh Chauhan @ Babu, Anil Bhadoria dan Sanjay Vyas bertindak mengepung masjid sebelum memasuki masjid berkenaan.

“Sejak malam tadi lagi, ketika kami sedang menunaikan solat di dalam masjid, kumpulan perusuh datang menyerang dan mengunci masjid. Mereka juga mengancam untuk membunuh kami,” kata seorang pelapor kejadian terbabit, Subedar Najar Mohammad.

Menurut Subedar, hanya terdapat empat rumah keluarga Islam di kampung tersebut.

Susulan laporan itu, Laporan Maklumat Pertama (FIR) telah didaftarkan terhadap Rajesh Chaulan, Anil Bhadoria dan Sanjay Vyas atas tuduhan merusuh, cuba menimbulkan perbalahan agama serta perhimpunan yang menyalahi undang-undang di Balai Polis Bilaspur.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo