Belum terlambat untuk Ismail Sabri memecat anggota Kabinet sementara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad.
Abdul Latiff berkata demikian ketika membidas kenyataan perdana menteri sementara itu bahawa dia boleh saja memecat 12 menteri Perikatan Nasional (PN) berhubung isu pembubaran Parlimen.
Abdul Latiff berkata penggunaan ayat seperti “pecat menteri” tidak sepatutnya digunakan dalam program politik, walaupun ia dalam gurauan atau sinikal.
“Memang kita tahu perdana menteri mempunyai kuasa 'hire and fire', namun kami pun ada maruah, tidak perlu pecat kami, kami pun boleh letak jawatan lebih awal.
“Kami masih teringat dua orang menteri Umno yang letak jawatan semasa Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri kelapan dulu.
“Kami masih lagi anggota Kabinet 'caretaker'. Masih belum terlambat untuk dipecat. Mungkin YAB PM9 (Ismail Sabri) boleh mencipta sejarah dengan memecat anggota Kabinet dalam masa ‘injury time’, katanya pemimpin Bersatu itu dalam kenyataan hari ini.
Ismail Sabri berkata demikian ketika acara bersama Presiden Umno Zahid Hamidi di Bagan Datuk, Perak pada dua hari lalu.
Dalam ucapannya, dia juga antara lain berkata dia telah membayangkan hasrat untuk membubarkan Parlimen dalam mesyuarat Kabinet terakhir pada 7 Oktober lalu.
Mengulas lanjut mengenai ucapan Ismail Sabri itu, Abdul Latiff menafikan terdapat perbincangan mengenai tarikh pembubaran parlimen dalam mesyuarat itu.
Sebaliknya, dia berkata perbincangan hanya berkisarkan perkara dasar seperti persediaan pilihan raya, bencana Monsun Timur Laut dan persediaan Belanjawan 2023.
“Namun dalam ucapan selama 36 minit itu dinyatakan terdapat beberapa kenyataan yang tidak tepat serta mengelirukan. Terutamanya mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat Jemaaah Menteri.
“Cuma (perkara PRU15) YAB PM9 tidak pernah untuk dia meminta mandat daripada anggota Kabinet mengenai tarikh pembubaran parlimen.
"YAB PM9 ada menyatakan bahawa kita utamakan persediaan bencana, Monsun Timur Laut dań kos barangan (ekonomi) daripada perkara PRU15," katanya lagi.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment