NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mangsa tragedi jambatan gantung runtuh meningkat kepada 141 orang

Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa jambatan gantung runtuh di Morbi, Gujarat. - Foto EPA

NEW DELHI: Bilangan mangsa tragedi jambatan gantung runtuh di Gujarat, di barat India semalam, meningkat kepada 141 orang.

Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih bertungkus lumus mengesan mangsa yang hilang di sungai Machchhu di bandar Morbi, kira-kira 200 kilometer (km) ke barat Ahmedabad, bandar utama di Gujarat.

Kira-kira 400 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, berada di jambatan gantung sepanjang 233 meter dan 1.5 meter lebar itu dibina pada 1880 oleh penjajah British, menggunakan bahan yang diimport dari England, petang semalam.

Lebih 170 orang sudah diselamatkan pasukan keselamatan menurut laporan media tempatan.

"Operasi menyelamat berada di peringkat terakhir di sungai Machchhu. Ia akan berakhir tidak lama lagi," kata Menteri Dalam Negeri Gujarat Harsh Sanghavi dipetik sebagai berkata dalam satu laporan.

Jambatan pejalan kaki sepanjang 232 meter, tempat pelancongan tempatan, dibuka semula pada 26 Oktober selepas tujuh bulan untuk kerja-kerja pengubahsuaian. – BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo