NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mana Kim Ming? Budak lelaki hilang 6 tahun lalu di Pudu belum ditemui



PETALING JAYA:
Polis sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengesan individu disyaki menculik seorang budak lelaki berusia 11 tahun, enam tahun lalu.

Ketua Polis Wangsa Maju Ashari Abu Samah memberitahu FMT, bahawa mereka sedang menunggu maklumat tertentu daripada kedutaan Indonesia dan Jabatan Imigresen mengenai suspek.

Perkembangan terbaharu itu susulan rayuan Lam Ah Choy, 59, supaya polis meningkatkan usaha mencari anaknya Kim Ming yang hilang di Pudu, pada 2016.

“Siasatan sedang dijalankan, kami menunggu maklumat daripada Jabatan Imigresen dan kedutaan Indonesia,” katanya.

Kim Ming dipercayai diculik ketika bapanya meninggalkannya di sebuah restoran untuk mengambil barang dari kereta. Sebaik kembali ke meja makan, dia mendapati anaknya telah hilang.

Sejak itu, Ah Choy telah memfailkan 12 laporan polis, namun usaha mencari anaknya itu sia-sia.

Pada 11 Okt, Ah Choy menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani bagi menggesa polis membentuk pasukan petugas bagi menyiasat kejadian itu.

Dalam memorandum itu, Ah Choy menyatakan, dia percaya anaknya diculik oleh seorang wanita warga Indonesia bernama Nadia Kristina.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo