Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara sebulan terhadap Lokman Noor Adam kerana menghina yang dikaitkan dengan perbicaraan rasuah 1MDB bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang berlangsung.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Kamaludin Md Said pagi ini sebulat suara menolak rayuan bekas ahli majlis tertinggi Umno itu untuk mengetepikan kesalahan komital serta hukuman penjara.
Turut bersidang sama adalah hakim Nordin Hassan dan Che Mohd Ruzima Ghazali.
Mereka menolak rayuan pihak pendakwaan untuk meningkatkan hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Julai tahun lalu.
Akhir bulan lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Dusuki Mokhtar, berkata tempoh penjara sebulan terhadap Lokman, tidak memadai bagi melindungi integriti sistem kehakiman dan memberi pengajaran kepada orang awam.
Mahkamah hari ini membenarkan permohonan peguam Lokman, Muhammad Shafee Abdullah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Pihak pendakwaan tidak mengemukakan bantahan terhadap penangguhan itu.
Hakim perbicaraan kes 1MDB Collin Lawrence Sequerah sebelum ini mendapati Lokman menghina dan menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atasnya berhubung ugutannya terhadap bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin.
Amhari adalah saksi pendakwaan kelapan dalam perbicaraan rasuah 1MDB Najib.
Sementara itu Bernama melaporkan bBekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Lokman Noor Adam, kekal dipenjara sebulan selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ini berikutan keputusan sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Nordin Hassan hari ini yang menolak rayuan Lokman untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 15 Julai tahun lepas.
Panel tiga hakim itu turut menolak rayuan silang dikemukakan pendakwaan terhadap hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi tersebut.
Pada 15 Julai 2021, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap Lokman selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDB.
Saksi itu ialah bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, yang juga saksi utama dalam kes tersebut.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment