NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Khalid Samad Merayu Kes Lawan CEO IKSIM


KUALA LUMPUR, 1
7 Oktober 2022 – Mahkamah Persekutuan hari ini telah menolak rayuan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada Januari 2022 dalam isu samannya terhadap bekas CEO Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) Profesor Dato’ Mahamad Naser Disa.

Januari lalu, Mahkamah Rayuan sebulat suara telah mengeluarkan perintah kepada Khalid Samad untuk membayar RM40,000 kepada bekas CEO Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) Profesor Dato’ Mahamad Naser Disa.

Saman ini difailkan oleh Khalid Samad di bawah Seksyen 5 Akta Fitnah untuk ganti rugi tohmahan lisan. Saman dibuat di atas kenyataan bekas CEO IKSIM tersebut dalam sebuah forum ‘Wacana Isu Semasa Dan Perundangan Peringkat Negeri Selangor: Doktrin: Cabaran dan Perlembagaan’ di sebuah masjid di Bukit Jelutong pada 28 September 2018.

Dalam pada itu Profesor Dato’ Naser Disa ketika dihubungi memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberikan kemenangan kepada kebenaran. Satu pembohongan tidak akan kekal lama, tambah beliau.

“Saya sedang berbincang dengan peguam saya untuk membangkitkan perbuatan jenayah “perjury” ini yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Menteri” kongsi beliau.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo