NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin mahu jadi PM kali kedua kata Tun M, Lupa diri sendiri nak jadi PM kali ketiga


ALOR SETAR:
Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia merendahkan diri apabila meminta pihak yang pernah 'menikamnya' bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bekas Perdana Menteri itu, berkata bagaimanapun usahanya gagal apabila Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menolak bekerjasama bersama Gerakan Tanah Air (GTA).

Jelasnya, usaha itu tidak dapat dilakukan kerana PN merancang bertanding di banyak kerusi parlimen selain Muhyiddin dikatakan, masih berminat menjadi Perdana Menteri kali kedua.

"Kita patut dengar permintaan rakyat supaya parti lawan bergabung, baru boleh kalahkan UMNO seperti kehendak rakyat.

"Kita pun fikir tak apa, walaupun dia (Muhyiddin) pernah tikam belakang saya, tapi untuk bangsa, negara dan agama, saya sanggup rendahkan diri untuk kerjasama bersama Muhyiddin.

"Tapi bila kita cuba kerjasama bersama PN, dia jawab tak nak kerjasama. Bukan main sombong, konon dia boleh menang bila letak calon di 222 kerusi parlimen dan dia boleh jadi Perdana Menteri kali kedua," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Rapat Umum GTA Kedah di perkarangan Pejabat Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) di sini, malam tadi.

Sebelum ini, GTA dilaporkan dalam rundingan bersama PN dalam menentukan bentuk kerjasama termasuk kemungkinan memastikan calon mereka tidak bertembung di kerusi tertentu.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi PEJUANG berkata, adalah sukar bagi Muhyiddin menjadi Perdana Menteri kali kedua kerana PN tidak akan mampu mencapai majoriti mudah 111 kerusi parlimen.

"Dia (Muhyiddin) masih minat nak jadi Perdana Menteri, tapi PN tak akan boleh menang 111 kerusi. Dia bukan jaguh yang berkhidmat bertahun-tahun dan menyumbang kemajuan negara.

"Bila dia jadi Perdana Menteri, dia hanya minta penyokong saya menyokong dia agar dia menjadi lebih kuat.

"Walaupun penyokong saya kini tinggal tiga orang sahaja, kami tak akan sokong orang yang pernah mengkhianati kita," katanya.

# MAHATHIR LUPA DIA NAK JADI PM KALI KETIGA, MAMPUKAH GTS??



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo