KUALA LUMPUR: Lima anggota polis ditahan selepas didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Tingkat 6, Menara UP, Jalan Puchong, di sini, malam kelmarin.
Dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kira-kira jam 11.45 malam itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah daripada tiga anggota yang ditahan.
Difahamkan, berdasarkan butiran laporan serbuan yang tersebar di aplikasi Telegram, seorang anggota yang ditahan berpangkat Sarjan, manakala empat lagi Koperal.
Semua mereka dilaporkan bertugas di Bahagian D6 dan D10, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, manakala seorang lagi bertugas di Bahagian D4, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.
Selain anggota polis itu, pasukan yang melakukan serbuan turut menahan penjaga premis yang juga wanita tempatan, pelayan wanita warga Vietnam dan tiga lelaki warga Bangladesh.
Pihak polis merampas hampir 6.93 gram (gm) dadah jenis syabu, 0.87gm (ganja), 5.65gm (ketamin) dan 26 pil eramin 5.
Selain dadah, turut dirampas alat permainan muzik dan dua pembesar suara.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat.
Sumber I BH Online
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment