NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lelaki terkotor di dunia meninggal dunia selepas mandi buat kali pertama


TEHERAN:
Seorang lelaki Iran yang mendapat gelaran ‘lelaki terkortor di dunia’ kerana tidak pernah mandi selama lebih setengah abad dilaporkan meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Media tempatan melaporkan, Amou Haji meninggal dunia pada 23 Oktober lalu di Dejgah di wilayah Fars.

Amou yang tubuhnya dipenuhi dengan kekotoran dan tinggal di sebuah pondok arang batu dilaporkan tidak pernah mandi dengan air atau sabun selama lebih 60 tahun.

Penduduk kampung memaklumkan, lelaki warga emas itu mengalami masalah kemurungan ketika waktu mudanya, menyebabkan dia enggan mandi.

Pada 2014, The Tehran Times melaporkan, Amou mamakan bangkai haiwan yang mati tepi jalan dan percaya bahawa kebersihan akan membuatnya jatuh sakit.

Namun, sejak beberapa bulan lalu, penduduk setempat memujuknya supaya mandi buat pertama kali.

Seperti kepercayaannya, mandi buatnya jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia.

Kini, gelaran lelaki terkotor di dunia diberikan kepada seorang rakyat India yang juga dipercayai tidak mandi hampir sepanjang hidupanya.

Kailash ‘Kalau’ Singh dari Varanasi dipercayai tidak mandi selama lebih 30 tahun.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo