NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lelaki 'paling kotor' meninggal dunia pada usia 94 tahun

TEHRAN: Digelar lelaki paling kotor di dunia kerana tidak pernah mencuci rambut dan membersihkan diri selama setengah abad, Amou Haji dilaporkan meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Memetik laporan BBC, Amou Haji seorang warga Iran meninggal dunia pada Ahad selepas beberapa bulan membersihkan dirinya.

Sebelum ini, Amou Haji yang tinggal di wilayah selatan Fars beberapa kali menolak pujukan penduduk kampung yang menyuruhnya membersihkan diri.

Dia bimbang jatuh sakit selepas terkena air dan sabun pada kulit.

Laporan media Iran memaklumkan Amou Haji akhirnya tunduk dengan tekanan daripada penduduk kampung dan akhirnya bersetuju.

Dalam satu temu bual pada tahun 2014, Amou Haji dilaporkan tinggal di sebuah lokasi yang terletak di sebuah lubang bawah tanah yang dibina dengan batu bata hasil bantuan penduduk kampung Dejgah.

Sikap luar biasanya menarik perhatian dunia apabila tidak pernah mandi bertahun lamanya menyebabkan kulitnya berjelaga dan bernanah.

Bukan sahaja haiwan landak, malah lelaki ini memilih daging busuk dan air tidak bersih dari tin minyak lama menjadi hidangan harian.

Dia juga dilihat kuat merokok dan sering menghisap lebih daripada sebatang rokok sekali gus.

Sementara itu, percubaan penduduk kampung untuk memandikannya atau menawarkan air bersih akan membuatkan lelaki ini sedih.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo