KUCHING: Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Fadillah Yusof menolak dakwaan Parti Bumi Kenyalang (PBK) bahawa mengundi GPS tidak akan memberi manfaat kepada Sarawak.
Dakwaan itu dibuat Presiden PBK, Voon Lee Shan yang menggesa pengundi Sarawak menolak GPS dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Fadillah berkata, mempunyai lebih ramai Ahli Parlimen GPS dalam kerajaan persekutuan dapat membawa suara dari Sarawak yang lebih kukuh dan tegas dalam membuat sebarang tuntutan bagi manfaat negeri serta penduduknya.
Beliau yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menambah, rekod prestasi sejak gabungan itu ditubuhkan pada 2018 membuktikan blok GPS di dalam kerajaan membawa lebih banyak manfaat kepada Sarawak.
“Kenyataan Voon supaya pemilih di Sarawak melemahkan GPS dengan tidak mengundi gabungan ini pada PRU15 berdasarkan idea mereka bahawa kerajaan persekutuan yang kukuh tidak memberi manfaat kepada Sarawak adalah idea mangarut, tidak masuk akal sama sekali,” katanya.
Selain PBB, GPS turut dianggotai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
PBK salah satu parti pembangkang tempatan di Sarawak yang baru-baru ini menjalin kerjasama dengan dua lagi parti tempatan, iaitu Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment