NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laung azan, ingat mati ketika ribut hempas rumah


KOTA BHARU -
Seorang penduduk di Taman Binjai Manis, Ketereh, di sini, hanya mampu melaungkan azan dalam keadaan ketakutan ketika ribut menerbangkan bumbung dan merosakkan sebahagian besar rumah mereka pada petang Rabu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang melibatkan lebih 30 rumah termasuk di Taman Perumahan Sri Ketereh dan Kubang Kiat, di sini.

Seorang penduduk, Mohamad Hapis Abdul Aziz, 29, berkata, sebelum itu dia berada di pekarangan rumah, tiba-tiba cuaca cerah bertukar mendung dan bunyi kuat deruan angin.

“Saya nampak pusaran angin yang besar setinggi pokok kelapa kira-kira 15 meter datang dari arah kiri rumah lalu merempuh pokok dan mematahkan dadah-dahan.

“Saya masuk berlindung di dalam rumah. Ibu, isteri dan dua anak kecil kami mula menangis ketakutan. Saya laungkan azan, pada masa sama ribut berterusan selama 15 minit membawa hujan dan menerbangkan atap rumah kami hingga bocor,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Binjai Manis, Ketereh, di sini, pada Khamis.

Rumah penduduk rosak dihempas ribut.
Rumah penduduk rosak dihempas ribut.

Katanya kejadian itu kali kedua berlaku di taman perumahan itu selepas yang pertama lebih teruk mengakibatkan banyak kemusnahan pada tahun 2006.

Seorang lagi mangsa, Zainon Isa, 64, berkata, sebelum kejadian ribut itu, dia sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat Asar secara tiba-tiba ribut menerbangkan atap rumah hingga bocor dan kena pada kelengkapan rumah.

“Sekelip mata, rumah dipenuhi air hingga kena pada perabot dan permaidani kerana tidak sempat dialihkan.

“Kerja mencuci rumah belum siap kerana ditambah pula dengan masalah tidak ada air. Masalah air di kawasan ini sudah tiga tahun. Sekejap ada, sekejap tak ada, tapi banyak masa yang tak ada air,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Habibah Dollah, 48, hanya mengingat mati ketika ribut menghempas rumahnya di Kampung Kubang Kiat, di sini, kali pertama dalam tempoh 10 tahun.

Mohd Hapis menunjukkan atap rumah penduduk yang diterbangkan ribut.
Mohd Hapis menunjukkan atap rumah penduduk yang diterbangkan ribut.

“Masa tu saya sedang lipat baju, terdengar bunyi dahan patah dan ternampak melalui tingkap, satu pusaran angin seperti puting beliung datang dari arah sawah padi.

“Tiba-tiba bunyi dentuman pokok besar tumbang di tepi rumah, masa tu saya sebut “mati dah aku” dan mengucap Allahuakbar banyak kali,” katanya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo