PETALING JAYA: Kerajaan telah menyahklasifikasikan laporan siasatan ke atas memoir bekas peguam negara, Tommy Thomas, kira-kira seminggu selepas Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan ia akan didedahkan kepada umum.
Laporan siasatan oleh pasukan petugas khas itu boleh didapati di laman sesawang Bahagian Hal Ehwal Undang Undang Jabatan Perdana Menteri di sini.
Pelbagai persoalan timbul berhubung status laporan siasatan diyahklasifikasikan itu, selepas semakan FMT gagal menemui dokumen itu dalam talian.
Pada 13 Okt lalu, Ismail dilaporkan berkata, laporan itu akan didedahkan kepada umum.
Susulan itu, Ismail yang juga naib presiden Umno pada Selasa lalu meminta jentera Barisan Nasional memanfaatkan laporan yang dinyahklasifikasikan itu.
Buku Thomas bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” diterbitkan Januari 2021.
September lalu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mendedahkan Ismail mengarahkan Thomas disiasat kerana menghasut dan pelbagai kesalahan lain seperti yang dicadangkan dalam laporan pasukan petugas khas itu.
Menurut PMO, ia termasuk kemungkinan pelanggaran Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 124I dan 203A Kanun Keseksaan berkaitan penyebaran laporan palsu serta pendedahan maklumat secara salah.
Satu dokumen yang didakwa salinan laporan sulit itu bocor di Internet pada 6 Okt lalu. Bukit Aman dilaporkan sedang menyiasat kebocoran berkenaan.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment