NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Langkah awal PH selamat ekonomi negara, potong elaun PM dan Menteri Kabinet

Semalam dalam jelajah kempen Pilihan Raya Umum ke-15 Pakatan Harapan, Presiden Pkr, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan dua perkara, pertama, mengurangkan gaji dan elaun Perdana Menteri dan Menteri-menteri. Kedua, mengurangkan jumlah Menteri-menteri. 

Ini salah satu sebab kenapa saya kata Anwar Ibrahim tidak bijak dan dangkal pemikirannya. Ini contoh kepandiran Pakatan Harapan dalam menguruskan negara yang boleh mengakibatkan negara ekonomi negara menjadi semakin teruk dan kehidupan rakyat semakin sengsara sama seperti sepanjang 22 bulan mereka memerintah. Puncanya - dasar-dasar pengurusan ekonomi dan negara yang TIDAK BIJAK.

Pertama, langkah memotong gaji dan elaun PM serta Menteri BUKAN jalan penyelesaian bagi membolehkan negara menghadapi KEMELESETAN EKONOMI DUNIA dan INFLASI GLOBAL tahun hadapan. Rakyat hendak tengok bagaimana rupa BAJET Pakatan Harapan untuk membawa negara dan rakyat menghadapi kemelesetan ekonomi dan inlfasi global dan pada waktu yang sama apakah langkah-langkah yang hendak dilaksanakan untuk memastikan kehidupan dan kebajikan rakyat terjaga. 

Adakah PH akan meningkatkan jumlah subsidi petrol dan barangan lain? Adakah PH akan menurunkan harga petrol sehingga RM1.50 seliter, menurunkan harga ayam sehinga RM5 sekilo atau menghapuskan semua hutang peminjam PTPTN? Adakah Pakatan Harapan akan menaikkan gaji minimum sehingga RM2,000 dan pd waktu yg sama mampu mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan susulan kenaikan upah dan gaji ini?

Rakyat mahu tahu, adakah jika gaji PM dan Menteri dipotong, ia juga bermaksud selepas itu gaji dan elaun penjawat awam juga akan dipotong. Apakah gaji eksekutif di GLC dan syarikat swasta juga perlu dipotong sama?

Kedua, mengurangkan jumlah menteri bermaksud mengurangkan dan menggabungkan kementerian-kementerian yang ada. Adakah ini jalan yang dapat membawa negara menghadapi kemelesetan ekonomi dunia dengan efektif atau semakin memburukkan keadaan? 

Pengalaman silam membuktkan PENGGABUNGAN KEMENTERIAN akan mengakibatkan keadaan huru hara dan kecelaruan berkaitan fungsi kementerian-kementerian dan agensi-agensi di bawahnya, pertukaran dokumen dan lambang-lambang rasmi kementerian, perjawatan, peralihan-peralihan agensi di bawah sesuatu kementerian, perubahan gred, jawatan dan pengurangan penjawat awam berikutan pertindihan tugas dan ini akan mengganggu pentadbiran kerajaan untuk suatu tempoh yang panjang.

Pengalaman silam juga membuktikan penggabungan kementerian menjadikan suatu kementerian itu terlalu besar, kurang efektif, kurang efisien dan tidak lagi mampu memberikan fokus kepada sesuatu dasar dan program yg hendak dilaksanakan. Misalnya, penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi menjadi Kementerian Pendidikan mengakibatkan fokus Kementerian Pengajian Tinggi untuk meningkatkan rating IPTA tempatan terganggu dan menyebabkan sekolah-sekolah rendah dan menengah terpinggir, terutama sekolah-sekolah di pedalaman. Perkara yang sama akan berlaku dalam kementerian-kementerian yang lain.

Apakah ini langkah yg betul untuk menghadapi kemelesetan ekonomi dunia tahun depan? Bagi saya ini langkah tidak cerdik yang membuktikan kenapa Pakatan Harapan tidak kompeten untuk mentadbir negara.

Disebabkan dasar-dasar seperti ini, yang lebih banyak retorik tapi tanpa substance, maka tidak menghairankan jika sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi kerajaan, keyakinan pasaran terhadap negara menurun. Cukup setahun, pertumbuhan KDNK tahunan negara juga menurun daripada 5.8% semasa zaman BN kepada 4.8% pada tahun 2018 dan turun lagi kepada 4.4% pada tahun 2019 walaupun ketika itu tiada kemelesetan ekonomi global dan peningkatan inflasi dunia.

Ini berbeza pada zaman Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009 ketika dunia mengalami kemelesetan ekonomi dan KDNK negara ketika itu menguncup -1.5%. Tidak sampai setahun, ekonomi Malaysia berjaya dipulihkan melalui dasar dan pelbagai usaha pemulihan ekonomi yang direncanakan oleh Datuk Seri Najib dan kerajaan BN sehingga pertumbuhan KDNK tahunan meningkat sebanyak 7.4% pada tahun 2010.

Daripada bercakap perkara-perkara tidak cerdik dan retorik seperti ini, bukankah lebih baik Anwar menunjukkan cadangan bajet yg Pakatan Harapan ingin laksanakan supaya rakyat boleh membandingkannya dengan bajet yang telah dibentangkan. Tunjukkan apakah dasar pengurusan ekonomi yang PH ada untuk menghadapi kemelesetan ekonomi dan inflasi dunia tahun depan. Tunjukkan bagaimanakah PH boleh meningkatkan nilai Ringgit Malaysia berbanding Dollar AS dan Dollar Singapura. Bukan sembang kosong seperti yang Anwar buat.

Kepada penyokong PH, jangan sekadar bertepuk dan bersorak. Belajarlah berfikir untuk meneliti dengan menggunakan fikiran kesan dan akibat perkara yang dijanjikan oleh PH. Pertama, fikirkan sedalam-dalamnya samada ia boleh dilaksanakan atau sekadar janji palsu seperti janji-janii mereka semasa kempen PRU14. Kedua, apakah kesan dan akibat janji-janji itu kepada negara dan rakyat sekiranya ia dilaksanakan. Belajarlah menjadi lebih bijak berbanding tahun 2018.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo