Walaupun penulis (Lim Sian See) ialah non muslim tetapi demi kebenaran beliau menulis dgn fakta yang telus dan benar.. PAS tidak pernah nak menipu rakan bersama...tapi PAS selalu ditipu dan dibuli... PAS dah banyak berlembut hati... sudah sampai masa nya... perjuangan harus diteruskan sendirian walau apa pun terjadi... .
DARI SEKUTU KUAT MENJADI SETERU KETAT ... EMPAT PERISTIWA BESAR YANG MENYEBABKAN PAS DAN DAP BERSENGKETA.
Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat yang sudah berkubur sekarang.
PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan.
Terima hakikat PAS mungkin bukan yang genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi tetapi sebagai sebuah parti berlandaskan agama, mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka.
Jadi, bagaimana kerjasama ini boleh gagal begitu pantas dan mengapa PAS begitu keras dengan DAP sekarang? ... JOM TERJAH!!!
1) TIADA KEPUTUSAN KONSENSUS PAKATAN DALAM KES LANGKAH KAJANG. PAS TIDAK BERSETUJU DAN TIDAK DIBAWA BERUNDING.
Seperti yang disebutkan banyak kali oleh pemimpin DAP dan PKR, Pakatan berfungsi pada asas keputusan secara konsensus - bermakna kesemua 3 parti mesti bersetuju sebelum keputusan penting dibuat.
Ianya tidak beroperasi dengan asas keputusan majoriti 2/3. Ketiga-tiga mesti bersetuju.
PAS membantah keras Langkah Kajang ini tetapi ianya masih dilaksanakan tanpa persetujuan PAS - sesuatu yang pastinya melanggar perjanjian konsensus Pakatan.
Malah, ianya dilihat sebagai tindakan satu pihak iaitu PKR - sebagai satu strategi oleh Pengarah Strategi nya ketika itu, Rafizi Ramli.
Malah Setiausaha Agung Lim Guan Eng pun tidak mengetahuinya. Melainkan Lim Guan Eng menipu pada ketika itu, apabila Adun Kajang meletak jawatan untuk membenarkan Anwar bertanding di situ, maka hal ini bukan satu keputusan bersama.
Petikan akhbar - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menafikan mengetahui apa yang berlaku di Selangor berikutan peletakan jawatan Adun Kajang.
Beliau berkata beliau tidak dimaklumkan dengan perkara itu oleh ketua de facto PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kajang. Lim juga berkata beliau baru mengetahuinya.
“Saya tidak diberitahu mengenai apa yang terjadi di Selangor berkenaan peletakan jawatan itu atau jawatan Menteri Besar Selangor.
“Adalah lebih baik sekiranya Anwar yang jawab. Saya tidak berhak menjawab atau memberikan pandangan. Pandangan saya terhadap hal ini tidak penting,” - Jan 28, 2014.
http://goo.gl/ti2pdW
Sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan, DAP kemudiannya turut serta dalam rancangan PKR dan Rafizi ini - Tetapi PAS tetap enggan untuk turut serta kerana prinsip keputusan konsensus Pakatan telah dilanggar.
2) FITNAH TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM.
Melihatkan kerjasama yang baik dengan Tan Sri Khalid, PAS percaya Tan Sri Khalid telah dijadikan mangsa. Dan ianya tidak adil melihat seseorang seperti itu difitnah dan dimalukan - sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan rasuah.
Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri.
Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada Ogos 2014.
Ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan kaitan pemimpin PKR dengan urusniaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan parti - lalu menjadi orang pertama (dan masih satu-satunya) orang di Malaysia yang meminta diri beliau disiasat untuk kes rasuah.
Penilaian awal PAS yang Khalid difitnah terbukti benar apabila setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan dari jawatan MB Selangor, Khalid menang saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah.
Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.
"...dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor.
"Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI. "
"Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut."
---
Dengan sifat tidak malu dan bermuka tebal, Rafizi Ramli dan PKR telah mengeluarkan satu siri tweet mengatakan yang Khalid Ibrahim dan PKR telah memohon maaf terhadap satu sama lain dan Khalid telah menarik balik saman malu tersebut!!
https://twitter.com/rafiziramli/status/632036888203821056
https://twitter.com/KEADILAN/status/632123254543519744
Khalid tidak menarik balik saman tetapi menerima permohonan maaf tanpa syarat itu sebagai penyelesaian.
Dan kononnya terdapat satu permohonan maaf Khalid terhadap PKR, ini dia. Sila baca dan ketawa. http://goo.gl/oR8omB
Bagaimana PKR dan Rafizi boleh menyalah anggap ‘maaf zahir dan batin’ sempena hari raya sebagai permohonan maaf, saya tak tahu. Putarbelit yang sungguh memalukan.
Walaubagaimanapun, PAS telah membuktikan kewajaran menegakkan keadilan dan mempertahan Khalid dari fitnah.
3) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH ‘MENCURI’ 2 ORANG ADUN PAS.
2 orang ADUN PAS telah mengabaikan arahan parti dan berpihak kepada DAP dan PKR untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar. http://goo.gl/fY1BmD
Presiden PAS Hadi Awang begitu marah yang ahli partinya bertindak melanggar arahannya dan berbuat demikian terhadap partinya. Anda boleh dengar kemarahannya disini:
(Hadi bidas PKR 'curi' dua barua PAS sokong Azizah)
https://www.youtube.com/watch?v=O41WvJgpRHs&feature=youtu.be
Saya fikir tidak ada parti politik di dunia ini yang akan bertolak ansur dengan parti yang ‘mencuri’ wakilnya.
Jika anda hormat rakan kerjasama anda, anda pastinya tidak akan menerima akuan sumpah dari wakil rakan kerjasama anda dan membelakangi keputusan parti mereka sendiri.
Itu tikam belakang. Yang teruk.
4) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH MUNGKIR JANJI & TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN KONSENSUS UNTUK MEMBENARKAN PAS MELAKSANAKAN KERAJAAN ISLAM SERTA HUDUD.
Perlu diingat, kewujudan PAS adalah untuk menegakkan ISLAM di Malaysia dan sangat mustahil PAS akan berhenti memperjuangkan hukum syariah dan hudud.
Sebab itulah, isu Hudud sentiasa menjadi duri dalam daging di dalam hubungan Pakatan yang menyebabkan beberapa perbalahan ketika tahun-tahun awal Pakatan Rakyat selepas 2008.
Ini telah menyebabkan berlakunya satu mesyuarat sulit pada September 2011 di antara mereka yang pada awalnya dilaporkan (tetapi dengan cepat dipadam oleh Malaysia Chronicle tetapi sempat disalin oleh beberapa blog):
---
"Selepas marathon mesyuarat dimana meja dihempas dan pengerusi DAP Karpal Singh ditengking oleh ahli parti sendiri supaya menyedari masalah yang sedang melanda Pakatan Harapan, satu persetujuan telah dicapai dan semua orang memperolehi apa yang diinginkan."
"Pertama, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah diberikan kebenaran untuk melaksanakan agenda hukum hudud di Kelantan, di mana pada tahun 1993, lama sebelum Pakatan dibentuk, beliau telah mengusulkan hudud di Dewan Undangan Negeri."
"Ini adalah satu persetujuan dari DAP dan sebagai penghargaan sumbangan Nik Aziz kepada negara dan pakatan pembangkang. Penghargaan yang sama diberikan kepada Terengganu, di mana Presiden PAS Hadi Awang telah menggazetkan hukum hudud pada 2003 tetapi tidak berupaya melaksanakannya."
"Sebagai balasan, DAP telah mendapat pengiktirafan dari PAS yang manifesto bersama Pakatan dan Buku Jingga akan kekal, tanpa perlu melibatkan hudud." https://hornbillunleashed.wordpress.com/2011/09/30/23889/
Kebenaran untuk Kelantan melaksanakan hudud di Kelantan tidak pernah didedahkan di dalam ceramah dan ucapan Pakatan selepas itu kerana mereka memilih untuk menyebut “Hudud tidak termasuk di dalam Polisi Bersama Pakatan Rakyat”.
Akhirnya selepas PRU-13, PAS cuba menegakkan Hudud di Kelantan sekali lagi dan DAP membantah keras dan mula memperkecilkan PAS.
Kemudian segalanya mula meletup!
Pada April 2014, seorang pemimpin kanan wanita PAS berkata, “DAP pernah bersetuju PAS perjuang konsep Negara Islam.” http://goo.gl/oW67CK
Sehari kemudian pada April 2014, Naib Presiden PKR Tian Chua telah memberitahu media yang DAP dan PKR sememangnya telah bersetuju untuk Hudud di Kelantan - yang menyebabkan Lim Guan Eng memanggil Tian Chua sebagai ‘tidak bertanggungjawab dan penipu yang tidak beretika”. http://goo.gl/UxvkTl
Beberapa hari kemudian, Presiden PAS Abdul Hadi Awang JUGA berkata DAP telah bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud. Tetapi Lim Guan Eng menafikannya dan menuntut Hadi memberikan bukti. http://goo.gl/kgogGy
Akhirnya, satu salinan surat yang ditandatangani bersama-sama oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng sebelum PRU-13 mula timbul. http://goo.gl/2FplaO
Di dalam surat tersebut, jelas ianya menyebut “PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri.”
Sekarang, melainkan Lim Guan Eng jahil yang Negara Islam juga melibatkan hukum syariah dan hudud, ianya jelas yang DAP membenarkan PAS melaksanakan hudud kerana Lim Guan Eng menandatanganinya!
Surat itu juga disiarkan di laman Facebook rasmi Abdul Hadi Awang. https://goo.gl/W0ueW8
Dan jika anda percaya surat itu palsu atau Hadi Awang telah berbohong, anda boleh menonton videonya di sini dan lihat siapa yang ada di dalam video apabila mereka membacakan surat ini beberapa ketika sebelum PRU-13 di hadapan sekumpulan ahli PAS. https://www.youtube.com/watch?v=TPvyYjm7aNA&feature=youtu.be
Maka, di dalam fikiran mereka, PAS marah dengan DAP kerana DAP telah melanggar janji dan surat persetujuan yang telah ditandatangani. Dan tidak hanya itu, PAS marah yang pemimpin DAP telah menyerang pemimpin PAS dengan teruk dan kurang ajar - memanggil Abdul Hadi dengan pelbagai gelaran buruk.
Ini telah melanggar persetujuan bertulis serta keputusan konsensus dan penafian terbuka terang-terangan oleh DAP yang masih ada hati untuk menyerang semula PAS dan melabel PAS sebagai penipu membuat mereka hilang sabar.
Melihatkan semua peristiwa di atas, hubungan antara PAS dan DAP nampaknya tidak boleh dipulihkan.
Siapa yang menipu, siapa yang berkata benar, parti mana yang memegang prinsip dan parti mana yang tidak boleh dipercayai adalah jelas....
LSS
Via-Lim Sian See
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment