NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Komunis tidak diperlukan di Malaysia (Bahagian 1)

Ideologi komunis wujud pada sekitar akhir 1800 dibawakan oleh Karl Marx, seorang Yahudi, kemudian disambut oleh Vladimir Lenin dan seterusnya praktiknya sambung oleh Joseph Stalin di Russia. Pada awal 1900, ideologi kominis ini semakin merebak dan akhirnya berjaya menguasai beberapa buah negara lain. 

Ia kemudiannya dianuti oleh negara-negara di Eropah Timur seperti Jerman Timur, Poland, Romania, Hungary, Czechoslovakia (kini Republik Czech dan Slovakia setelah berpecah). Ia juga merebak ke China, yang diketuai oleh Moa Zedong, seorang pembunuh yang sangat kejam.

Revolusi itu bukan sahaja menukar pemerintah, yang ketika itu ramai raja diturunkan dari takhta malah membunuh mereka juga. Tsar Nicholas II, raja Russia terakhir, dibunuh sekeluarga oleh Lenin. Maharaja China terakhir Puyi Dinasti Qing, dipaksa menerima komunis, setelah Jepun kalah dan menjadi orang biasa. Bukan itu sahaja, dikatakan Mao membunuh rakyat China antara 50-70 juta orang. Dianggarkan seramai 30 juta rakyat Russia pula, mati di tangan Lenin.

Ideologi komunis terus merebak sehingga ke Asia Tenggara. Vietnam menerimanya melalui tokoh mereka Ho Chi Minh. Indonesia melalui Presiden pertamanya, Sukarno, melindungi komunis, sehinggalah terjadinya peristiwa GS30 atau Lubang Buaya yang terkenal itu dimana enam daripada tujuh jeneral Indonesia dibunuh dan dibuang dalam satu lubang oleh kumpulan pro-komunis, kerana jenaral-jeneral itu anti-komunis.

Tanah Melayu juga tidak terkecuali dengan pengaruh komunis ini. Gerakan yang pada mulanya mahu menghalau tentera Jepun dengan menamakan kumpulan mereka sebagai Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA), bergabung dengan British dan orang Melayu dari berbagai kumpulan.

Hubungan China dan Jepun adalah hubungan permusuhan. Mereka telah menghadapi banyak siri peperangan China-Jepun sejak berkurun lamanya. Apalagi ketika itu, Jepun sedang menguasai Asia dan pembantaian rakyat China di Nanking, menambahkan lagi dendam mereka terhadap Jepun. Tanah Melayu, bukan tanah mereka, jadi dendam mereka adalah kerana saudara mara mereka di Tanah Besar China. Di Tanah Melayu juga warga China diburu Jepun.

MPAJA kemudiannya berpecah dari gabungan bersama British dan menubuhkan Pati Komunis Malaya yang juga dikenali oleh orang Melayu sebagai Bintang Tiga. Tindakan ini lebih menjelaskan niat mereka kerana mereka ingin menguasai Tanah Melayu dengan ideologi komunis mereka dan dendam terhadap Jepun, bukan kerana patriotik terhadap Tanah Melayu. Malah, orang China yang menyokong ideologi Koumintang iaitu aliran nasionalis di China juga diburu komunis Cina di sini.

PKM keluar dari hutan setelah pengisytiharan Jepun kalah dari Perang Dunia ke-II akibat kesilapan serangan Jepun ke atas tentera Amerika di Pearl Habour. Dua butir bom atom yang gugur di Hiroshima dan Nagasaki, menghentikan perang. Maka, PKM mengambil kesempatan untuk memerintah Tanah Melayu, yang bukan tanah mereka ini. Apa yang mereka lakukan? Kita ceritakan dalam episod selepas ini.

*Foto dari page Patriot

#TeguhPertahan

Mohd Nasir Abdullah
23 Oktober 2022

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo