NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khalid bidas kumpulan, Phahrolrazi hasut boikot PRU15 tidak wajar


KUALA LUMPUR
– Tindakan belas Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang menghasut ahli dan pimpinan parti negeri itu memboikot Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disifatkan sebagai melampau dan tidak wajar dilakukan.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menegaskan, tindakan sedemikian tidak boleh diterima oleh parti hingga menyebabkan pemecatan terpaksa diambil.

"Dalam kalangan pemimpin Amanah, boleh berbeza pandangan mengenai strategi dan agihan kerusi, tetapi tindakan menghasut ahli dan pemimpin agar memboikot pilihan raya bukan sahaja menjejas kepentingan Amanah tetapi Pakatan Harapan (PH).

Mohamad
Mohamad

"Tindakan itu amat melampaui batas, tidak patut dan tidak boleh diterima," katanya pada sidang media pengumuman calon PRU15 di Wisma Amanah pada Ahad.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Pengerusi Amanah Kedah itu dipecat ekoran didapati telah melanggar perlembagaan parti.

Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli dilaporkan berkata, Phalrolrazi mengingkari keputusan-keputusan parti dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti.

Sementara itu Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, biarpun tindakan pecat sudah dikenakan, Phahrolrazi masih boleh mengemukakan rayuan kepada parti.

"Tindakan disiplin adalah perkara biasa dalam mana-mana parti, seseorang yang diambil tindakan disiplin kadang kala boleh kembali berada dalam parti dan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Proses rayuan boleh dibuat," ujarnya.

"Tindakan itu amat melampaui batas, tidak patut dan tidak boleh diterima," kata Khalid.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo