NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khairuddin ceramah di pentas UMNO tapi bodoh dengan perangai UMNO


Dulu apa yang UMNO tak katakan kepada HINDRAF .. Nak sebut satu persatu pun tak tergamak nak sebut sebab terlalu teruk dan kotor lagi jijik ungkapan digunakan.

Nah! Sekarang sudah menjadi rakan rapat .. yang bantu selamatkan nyawa UMNO ketika nyawa-nyawa ikan setelah tumbang tergolek dog masuk longkang dianggap dan dilayan seperti musuh yang perlu dihapuskan. Diejek sebagai Pak Lebai sampaikan serban pun dijadikan bahan kutukan.


BERSATU yang lahir dari rahim UMNO, satu bangsa dan satu agama mau dibenamkan dari muka bumi.

Sedih .. melihat perkembangan dan kelakuan yang tersasar dari tujuan utama UMNO ditubuhkan.

Yang datang memberi susu dibalas dengan tuba … yang lahir dari rahim yang sama dilayan macam musuh yang tidak pernah berjasa … yang selama ditubuhkan, siang malam pagi petang subuh dan senja asyik menyerang UMNO pula kini dijulang sebagai rakan yang setia yang banyak membantu pula.

Demi kuasa UMNO boleh bersama penyerang Islam, yang menjadi dalam ICERD. Yang ini Khairuddin sanggup bersama atas pentas minta sokong UMNO/BN. Bermakna Khairuddin Takiri minta penyokonng PAS sokong BN, sokong calon HINDRAF. Belajar agama dah dalam tapi bila hati tak mendalami Islam akhirnya merosakkan diri sendiri jadi bodoh daripada UMNO. Dia lihat UMNO macam orang buta meraba gajah. PAS dekati UMNO kerana PAS adalah gerakan Islam dalam konsep UMNO bukan suruh jadi 'bodoh macam UMNO' - Editor

Sedih sungguh!

TENKIU



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo