NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama PN-Pejuang perlu dibincang pada mesyuarat tertinggi, kata Hamzah


PUTRAJAYA:
Sebarang bentuk kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dengan parti lain, termasuk Pejuang, perlu dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi gabungan itu, kata Hamzah Zainudin.

Hamzah, setiausaha agung gabungan itu berkata, keputusan kerjasama dengan Pejuang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bukan semudah itu untuk dibuat.

“Jika Bersatu kata sedia, bermakna perlu dibawa ke mesyuarat tertinggi, kemudian kena bincangkan bersama dalam gabungan parti PN.

“Bukan mudah setuju (setakat) kata boleh. Kita ada rakan-rakan dalam gabungan,” katanya pada sidang media di Jabatan Pendaftaran Negara hari ini.

Minggu lepas, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata beliau sedia mempertimbangkan kerjasama dengan Pejuang menjelang PRU15 jika parti itu serius.

Beliau kemudian berkata akan mendapatkan pandangan pimpinan parti komponen sebelum memuktamadkan sebarang kerjasama politik baharu

Dalam pada itu, Hamzah berkata hari ini, pembahagian kerusi dalam PN masih belum dimuktamadkan.

“Kita perlu tengok secara menyeluruh,” katanya.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo