Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim. fb Anwar Ibrahim |
LARUT, 22 Okt (Bernama) -- Keputusan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) belum cukup untuk menggegarkan Perikatan Nasional (PN) khususnya di Perak.
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata umum mengetahui bahawa Anwar sentiasa melaungkan keyakinan melalui pengaruh dibawa namun hingga kini tiada sebarang perubahan yang berlaku membabitkan landskap politik negara.
“Itu (keputusan) dia umumkan (bertanding di Tambun), sama ada betul atau pun tidak, kita tunggu sahaja,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Himpunan PN Parlimen Larut di Tapak Bazar Ramadan Selama di sini, hari ini.
Keputusan Anwar untuk bertanding di Parlimen Tambun menyaksikan beliau dijangka bakal bertembung dengan Timbalan Presiden Bersatu yang merupakan penyandang kerusi berkenaan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Pada PRU14, Ahmad Faizal yang bertanding atas tiket PH menggunakan logo PKR, menang dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, selepas menerima 38,661 undi, dengan majoriti 5,320 undi.
Mengulas lanjut Hamzah nendakwa sokongan rakyat terhadap PN di Perak,adalah baik dan mampu memenangi lebih banyak kerusi terutama di bahagian utara Perak.
-- BERNAMA
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment