NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan Zahid Hamidi Adalah Campur tangan sistem kehakiman - Ahmad Marzuk


KOTA BHARU:
Pengakuan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ramai pemimpin Umno bakal dihadap ke mahkamah sekiranya gabungan itu kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) seakan memberi bayangan apa yang akan berlaku selepas ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kenyataan itu menyebabkan timbul persoalan dalam minda rakyat mengenai masalah yang dihadapi pemimpin tertinggi BN.

Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah negara seorang pemimpin sebuah parti mengeluarkan perkataan sedemikian.

“Ni tidak sempat pilihan raya sudah bagi tahu apa yang akan berlaku selepas BN tewas. Kita daripada tidak tahu, jadi tahu..,” katanya ketika menyampaikan kuliah di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV sempena sambutan 32 Tahun dasar Membangun Bersama Islam (MBI) hari ini. (Foto atas)

Turut hadir Mudir Pondok Baitul Qurro Wal Fuqoha Melaka Tuan Guru Zulkifli Ismail.

Ketika berucap di Perhimpunan Agung MIC baru-baru ini Pengerusi BN Dato’ Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor mengingatkan pemimpin BN perlu menang besar dalam PRU15 bagi mengelakkan ditimpa nasib lebih buruk seperti pendakwaan politik seperti dihadapinya ketika ini.

Bagaimanapun Presiden Umno terbabit mendakwa kenyataannya disalah tafsir pihak lawan.

Ahmad Marzuk yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, imej Umno kini tercalar dengan beberapa siri salah laku.

Kata beliau sekiranya rakyat sekali lagi memberi mandat kepada BN tiga teras pentadbiran negara iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman bakal celaru sebagaimana sebelum 2018.

“Sejarah mencatatkan Tun Salleh Abbas pernah digugurkan dari jawatan Ketua Hakim Negara kerana penghakimannya secara adil dan tidak menepati kehendak pemimpin negara ketika itu,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo